Bapa ditetak anak kandung
Sinar Harian
April 6, 2018 09:17 MYT
April 6, 2018 09:17 MYT
Seorang lelaki yang dipercayai mempunyai penyakit kurang siuman bertindak menetak bapa kandungnya dalam satu kejadian di Kuala Besar, di sini.
Warga emas, Che Kob Hussin, 66, ditetak menggunakan sebilah parang oleh pelaku yang berusia 35 tahun, selepas dipercayai berlaku perselisihan faham.
Menurut seorang penduduk yang enggan dikenali, dalam kejadian jam 1 petang itu, beliau terdengar bunyi bising melalui rumah yang didiami warga emas tersebut dan mendapati mangsa yang dikenali sebagai ‘Pak Ya’ cedera parah, kesan ditetak di badan.
Cubaan mendapatkan maklumat lanjut daripada keluarga mangsa ketika di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) gagal apabila mereka enggan ditemu bual.
Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Ismail Mat Sidik ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan memberitahu, suspek telah pun berjaya ditahan.
Ismail juga memberitahu, hasil siasatan awal polis mendapati suspek menghidap penyakit kurang siuman dan tidak pernah menerima rawatan.
#Che Kob Hussin
#Hospital Raja Perempuan Zainab II
#HRPZII
#Ismail Mat Sidik
#Pak Ya
#tetak bapa kandung
#warga emas