PUTRAJAYA: Seorang pekerja rencam terpaksa meringkuk dalam penjara selama 13 tahun selepas Mahkamah Rayuan di sini hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman terhadapnya kerana melakukan serangan seksual fizikal ke atas anak perempuan yang berumur 13 tahun lima tahun lepas.
Panel tiga hakim terdiri daripada Datuk Hadhariah Syed Ismail, Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim dan Datuk S.M.Komathy Suppiah turut mengarahkan lelaki itu dikenakan enam sebatan.
Tertuduh, yang sebelum ini dibebaskan dengan jaminan RM15,000 dengan seorang penjamin sementara menunggu rayuannya dilupuskan, diperintah memulakan hukuman penjara hari ini.
Dalam keputusan yang dicapai secara sebulat suara, Hadhariah berkata sabitan kesalahan terhadap lelaki itu adalah selamat untuk dikekalkan.
Justeru, beliau berkata panel itu menolak rayuan tertuduh terhadap sabitan serta hukuman dan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi.
Lelaki berusia 42 tahun itu pada mulanya dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen pada 20 April 2021 daripada pertuduhan melakukan serangan seksual terhadap anaknya di rumah tidak bernombor di sebuah kampung di Kampar, Perak pada Julai 2018 dan ini menyebabkan pendakwaan merayu kepada Mahkamah Tinggi.
Dia didakwa mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan.
Pada 30 Jun tahun lepas, Mahkamah Tinggi membenarkan rayuan pendakwaan untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Sesyen membebaskan lelaki itu.
Mahkamah Tinggi kemudian telah mensabitkan lelaki tersebut dengan kesalahan itu dan menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun dengan dua sebatan selain hukuman tambahan penjara tiga tahun dan empat sebatan sebagaimana yang diperuntuk di bawah Seksyen 16(1) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 kerana tertuduh memiliki hubungan bersifat amanah dengan mangsa memandangkan dia adalah bapa kandungnya.
Mahkamah Tinggi juga memerintahkan tertuduh supaya menjalani kaunseling sepanjang tempoh pemenjaraan dan pengawasan polis selama tiga tahun selepas selesai hukuman penjara.
Peguam A.Srimurugan mewakili tertuduh manakala Timbalan Pendakwa Raya Solehah Noratikah Ismail dan P. Sarulatha hadir bagi pihak pendakwaan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 23 2023
![Bapa dihukum penjara 13 tahun kerana lakukan serangan seksual terhadap anak perempuan Bapa dihukum penjara 13 tahun kerana lakukan serangan seksual terhadap anak perempuan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/41675060525_TBGAVEL.jpg)
Seorang pekerja rencam terpaksa meringkuk dalam penjara selama 13 tahun selepas mahkamah mengekalkan sabitan dan hukuman terhadapnya kerana melakukan serangan seksual fizikal ke atas anak perempuannya lima tahun lepas. - Gambar hiasan
Unjuran KDNK 2024: Menilai realiti ekonomi vs jangkaan
Malaysia dijangka mencatat pertumbuhan ekonomi 5.1 peratus pada 2024, jauh lebih tinggi berbanding 3.6 peratus pada tahun sebelumnya. Tetapi sejauh mana angka ini mencerminkan realiti sebenar rakyat? Adakah pemulihan ekonomi ini benar-benar dirasai atau sekadar statistik? Diskusi lanjut bersama Felo Bersekutu Kanan, Institut Dasar Ekonomi dan Kewangan (ECOFI), Universiti Utara Malaysia, Prof. Madya Dr. Irwan Shah Zainal Abidin.
![Indeks DXY suram, ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS Indeks DXY suram, ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/41735562009_ringgitduit.jpg)
Indeks DXY suram, ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS
Pada 8 pagi ini, ringgit mengukuh ke paras 4.4675/4745 berbanding dolar AS daripada 4.4680/4725 pada akhir urus niaga semalam.
Perhalus kelulusan projek ICT kerajaan melalui pendekatan EA - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu semua kementerian serta agensi yang terlibat untuk memperhalus kelulusan projek teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) kerajaan melalui pendekatan enterprise architecture (EA) secara holistik.
![Ancaman siber: Ungkapan ‘usah cakap dengan orang asing’ tidak lagi relevan? Ancaman siber: Ungkapan ‘usah cakap dengan orang asing’ tidak lagi relevan?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/51637831663_kanakporno.jpg)
Ancaman siber: Ungkapan ‘usah cakap dengan orang asing’ tidak lagi relevan?
Kesedaran mengenai keselamatan siber perlu dipupuk sejak di peringkat sekolah rendah dan menengah bagi memastikan generasi muda lebih peka terhadap ancaman dunia digital.
Pemuliharaan Tapir: Pusat pemuliharaan kedua di Negeri Sembilan menjelang 2027
Sebanyak 112 Tapir Malaya terkorban akibat kemalangan jalan raya di jalan persekutuan, jalan negeri dan lebuh raya.
Bot nelayan musnah terbakar dekat pelantar ikan Hutan Melintang
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, sebaik menerima panggilan, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Hutan Melintang tiba di lokasi jam 5.49 petang.
Pemandu lori maut dalam kemalangan, diserang sakit jantung
Seorang pemandu lori maut, dipercayai mengalami serangan sakit jantung ketika memandu yang menyebabkan kenderaannya melanggar sebuah kenderaan pacuan empat roda di persimpangan lampu isyarat di Jalan Tun Zaidi Adruce pada Rabu.
Ketua Polis Daerah Sibu ACP Zulkipli Suhaili berkata kemalangan itu berlaku pada pukul 11.36 pagi ketika kenderaan pacuan empat roda yang dipandu seorang lelaki tempatan berusia 49 tahun berhenti semasa lampu isyarat merah di persimpangan berkenaan.
Ketua Polis Daerah Sibu ACP Zulkipli Suhaili berkata kemalangan itu berlaku pada pukul 11.36 pagi ketika kenderaan pacuan empat roda yang dipandu seorang lelaki tempatan berusia 49 tahun berhenti semasa lampu isyarat merah di persimpangan berkenaan.
![Copa del Rey: Barcelona bertembung Atletico, Real Sociedad jadi penghalang Real Madrid Copa del Rey: Barcelona bertembung Atletico, Real Sociedad jadi penghalang Real Madrid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739411363_CopadelRey.jpg)
Copa del Rey: Barcelona bertembung Atletico, Real Sociedad jadi penghalang Real Madrid
Perlawanan separuh akhir itu menyaksikan Barcelona terlebih dahulu melayani kunjungan Atletico di penghujung bulan ini.
Op selamat 23 catat penurunan kes kemalangan, kematian
Kadar kemalangan sepanjang Op Selamat 23 di Selangor sempena Tahun Baharu Cina mencatatkan penurunan 144 kes atau 6.8 peratus berbanding Op Selamat 21.
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata sebanyak 1,980 kes kemalangan direkodkan pada Op Selamat 23 di negeri ini berbanding 2,124 kes dalam operasi yang sama tahun lalu.
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata sebanyak 1,980 kes kemalangan direkodkan pada Op Selamat 23 di negeri ini berbanding 2,124 kes dalam operasi yang sama tahun lalu.
Trump hubungi dua presiden, tekad tamatkan perang Rusia-Ukraine
Presiden America Syarikat, Donald Trump membincangkan perang di Ukraine dalam panggilan telefon dengan Presiden Rusia Vladimir Putin dan Presiden Ukraine Volodymyr Zelenskiy.
![Ahli Parlimen India ditahan selepas didakwa lakukan serangan seksual Ahli Parlimen India ditahan selepas didakwa lakukan serangan seksual](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61736069343_HandcuffGari.jpg)
Ahli Parlimen India ditahan selepas didakwa lakukan serangan seksual
Mangsa dakwa MP itu mengeksploitasinya secara seksual selama empat tahun dengan janji untuk mengahwini serta membantu memajukan kerjayanya.
![Mahkamah tolak rayuan Trump, kekal keputusan kes serangan seksual Mahkamah tolak rayuan Trump, kekal keputusan kes serangan seksual](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/51735593670_Mashup.jpg)
Mahkamah tolak rayuan Trump, kekal keputusan kes serangan seksual
Mahkamah Rayuan Persekutuan AS mengekalkan keputusan juri yang mendapati Trump telah melakukan serangan seksual terhadap E. Jean Carroll.
![Conor McGregor disabit bersalah, lakukan serangan seksual terhadap wanita Conor McGregor disabit bersalah, lakukan serangan seksual terhadap wanita](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/51732336052_ConorMcGregor.jpg)
Conor McGregor disabit bersalah, lakukan serangan seksual terhadap wanita
Juri menyampaikan keputusan itu selepas enam jam perbincangan semalam, mendapati McGregor bersalah menyerang wanita berusia 35 tahun itu.
![Lagi 7 saman baharu difail ke atas Sean 'Diddy' Combs Lagi 7 saman baharu difail ke atas Sean 'Diddy' Combs](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2017-11/81510042307_SeanDiddyCombs.jpg)
Lagi 7 saman baharu difail ke atas Sean 'Diddy' Combs
Dua selebriti yang tidak dinamakan turut diheret dalam dakwaan serangan seksual ke atas remaja berusia 13 tahun pada 2000.
![Serangan seksual remaja lelaki 16 tahun antara enam saman baharu ke atas Sean ‘Diddy’ Combs Serangan seksual remaja lelaki 16 tahun antara enam saman baharu ke atas Sean ‘Diddy’ Combs](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720130244_SeanDiddyCombs.jpg)
Serangan seksual remaja lelaki 16 tahun antara enam saman baharu ke atas Sean ‘Diddy’ Combs
Enam saman baharu dikemukakan ke atas bintang terkenal Hollywood itu melibatkan serangan seksual yang berlaku antara 1995 hingga 2021.
![Sentuh payudara maskot, pemain Sepanyol didenda RM29,000 Sentuh payudara maskot, pemain Sepanyol didenda RM29,000](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/81726217680_tbHugoMallo.jpg)
Sentuh payudara maskot, pemain Sepanyol didenda RM29,000
Pemain bola sepak Sepanyol, Hugo Mallo disabitkan dengan kesalahan serangan seksual kerana menyentuh wanita yang berpakaian sebagai maskot.
![Pemain Sepanyol disabit lakukan serangan seksual didenda RM29,000 Pemain Sepanyol disabit lakukan serangan seksual didenda RM29,000](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726194117_HugoMallo.jpg)
Pemain Sepanyol disabit lakukan serangan seksual didenda RM29,000
Bekas pemain Celta Vigo itu didapati telah menyentuh payudara wanita yang memakai kostum burung parkit Espanyol.
![Hukuman penjara bapa lakukan serangan seksual ke atas 3 anak perempuan dikurangkan Hukuman penjara bapa lakukan serangan seksual ke atas 3 anak perempuan dikurangkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51714453013_courtgavelmahkam.jpg)
Hukuman penjara bapa lakukan serangan seksual ke atas 3 anak perempuan dikurangkan
Dalam penghakimannya, Che Mohd Ruzima berkata perayu gagal membuktikan bahawa Mahkamah Sesyen terkhilaf dalam memutuskan kes itu.
![Kanak-kanak 11 tahun jadi mangsa serangan seksual Kanak-kanak 11 tahun jadi mangsa serangan seksual](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61701507818_ShadowHand.jpg)
Kanak-kanak 11 tahun jadi mangsa serangan seksual
Seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun dipercayai menjadi mangsa serangan seksual ketika dalam perjalanan pulang dari sebuah kedai runcit di Taman Krubong Jaya dekat sini Selasa lalu.
![Tuduhan serangan seksual terhadap McGregor digugurkan Tuduhan serangan seksual terhadap McGregor digugurkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/41697678015_ConorMcGregor.jpg)
Tuduhan serangan seksual terhadap McGregor digugurkan
Jurucakap pejabat pendakwa raya memberitahu agensi berita BBC, segala tuduhan terhadap McGregor telah digugurkan.