Bapa calon BN PRK DUN Mahkota terpaksa ditidurkan

Sinar Harian
September 8, 2024 10:00 MYT
Bapa kepada calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota, Syed Hussien Syed Abdullah terpaksa ditidurkan di sebuah hospital di Kluang. - Gambar Sinar Harian
KLUANG : Bapa kepada calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota, Syed Hussien Syed Abdullah terpaksa ditidurkan di sebuah hospital di daerah ini.
Tidak diperincikan sakit sebenar, Syed Hussien berkongsi keadaan bapanya menerusi hantaran dimuat naik di akaun Facebook pada awal pagi Ahad.
Beliau hanya memberitahu bapanya terpaksa ditidurkan selepas disarankan oleh doktor.
Bagaimanapun, menurut sumber bapanya merupakan pejuang kanser.
"Saya mohon doa kepada semua sahabat agar mendoakan ayah saya, Syed Abdullah agar diberi kekuatan kerana ketika ini beliau disyorkan oleh pihak doktor untuk ditidurkan.
"Tiada apa yang mampu saya mohon selain doa semua sahabat," tulisnya.
Difahamkan Syed Abdullah, 67, yang merupakan bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Kluang, turut berada sewaktu pengumuman Syed Hussien sebagai calon BN bagi PRK DUN Mahkota di Taman Sri Kluang pada petang Sabtu.
Pengumuman Syed Hussien sebagai calon itu dibuat Pengerusi BN Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi dan turut dihadiri Pengerusi BN yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan kepiminan sayap BN dan Pakatan Harapan (PH). - Sinar Harian
#PRK DUN Mahkota #bapa calon BN #Syed Hussien Syed Abdullah #Syed Abdullah
;