Banyak lagi inisiatif bawah Payung Rahmah akan datang - Salahuddin Ayub
Israr Khalid
Februari 18, 2023 10:20 MYT
Februari 18, 2023 10:20 MYT
KUALA LUMPUR: Selepas Menu Rahmah, akan menyusul banyak lagi inisiatif seterusnya di bawah Payung Rahmah.
Maklum Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub, yang terdekat adalah Bakul Rahmah sempena bulan Ramadan.
Selain itu katanya, akan datang banyak lagi inisiatif Rahmah diperkenalkan kerajaan dengan kerjasama para pemain industri dan pemegang taruh.
“Yang pasti, menjelang Raya (Aidilfitri) nanti ada berita gembira untuk rakyat membeli-belah di gedung-gedung tekstil terkemuka dengan harga Rahmah.
“Insyallah yang lain akan kita bincang nanti di bawah Payung Rahmah, ada banyak lagi kita akan laksanakan,” katanya dalam program Dialog Poket Rakyat pada Jumaat.
Maklum beliau lagi, satu lagi ‘quick win’ adalah Kafe Rahmah di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) yang sedang dibincangkan untuk dilancar selepas Aidilfitri.