Bantuan makanan kering diagih kepada semua IPT - Noraini

Fauzi Suhaimi
April 20, 2020 19:24 MYT
Noraini berkata, bantuan tersebut merupakan penghantaran kali ketiga sejak 21 Mac lalu. - Gambar BERNAMA
Bantuan bekalan makanan kering terus diagihkan kepada semua Institut Pengajian Tinggi (IPT) menerusi Yayasan Food Bank Malaysia (YFBM).
Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berkata, bantuan tersebut merupakan penghantaran kali ketiga sejak 21 Mac lalu.
"Sehingga kini sebanyak 129 IPT telah menerima bekalan sepanjang tempoh pelaksanaan PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) ini.

Ini merupakan penghantaran kali ketiga sejak 21 Mac lalu. Sehingga kini 129 IPT telah menerima bekalan sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini. pic.twitter.com/o1a8BFEf0n

— Dato Dr Noraini Ahmad (@DrNorainiAhmad) April 20, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Hari ini penghantaran ke Zon Utara dan Selatan melibatkan 25 IPT manakala esok penghantaran dijadualkan ke Zon Pantai Timur melibatkan 7 IPT," katanya menerusi ciapan di akaun Twitter miliknya pada Isnin.

Bantuan bekalan makanan kering tambahan daripada Yayasan Food Bank Malaysia ke IPT-IPT diteruskan. Hari ini penghantaran ke Zon Utara dan Selatan melibatkan 25 IPT. Esok dijadualkan penghantaran ke Zon Pantai Timur melibatkan 7 IPT. pic.twitter.com/HqXREEo3Pm

— Dato Dr Noraini Ahmad (@DrNorainiAhmad) April 20, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Sebelum ini, Kementerian Kesihatan meminta agar semua pelajar yang masih berada di kampus tidak dihantar pulang ke kampung masing-masing buat masa ini bagi mengelakkan wujudnya kluster baharu penularan wabak COVID-19 selepas tindakan PKP dikuatkuasakan.
#COVID-19 #institut pengajian tinggi #IPT #Kementerian Kesihatan #koronavirus #Malaysia #menteri #noraini ahmad #Pantai Timur #pelajar #Twitter
;