Bantuan khas Raya, Gawai RM500 untuk penjawat awam Sarawak

Astro Awani
April 28, 2021 03:49 MYT
Pemberian Bantuan Khas Aidilfitri dan Gawai Tahun 2021 ini diharap dapat meringankan beban kewangan bagi para pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak, kata Abang Johari. - Gambar fail
KUCHING: Kerajaan Negeri Sarawak mengumumkan bantuan khas sebanyak RM500 yang akan diberikan kepada pegawai perkhidmatan awam semua gred, sempena perayaan Aidilfitri dan Gawai akan datang.
Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Openg berkata, bantuan khas tersebut akan dibayar pada Mei, sebelum menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri dan Hari Gawai.
“Pemberian ini adalah bagi menghargai jasa dan pengorbanan pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak dalam menggalas tanggungjawab menyampaikan perkhidmatan kepada rakyat.
"Ia terutamanya semasa negeri dan negara menghadapi tempoh yang penuh cabaran ini.” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Dengan pemberian Bantuan Khas Aidilfitri dan Gawai Tahun 2021 ini, ia diharap dapat meringankan beban kewangan bagi para pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak di samping menjadi insentif kepada mereka untuk terus berkhidmat dengan penuh dedikasi.
#Aidilfitri #hari raya #penjawat awam #kerajaan #rakyat #bantuan khas #Hari Gawai #Abang Johari Openg #beban kewangan