Bantuan awal persekolahan RM327 juta tahun ini-Mahdzir

Sharom Abu Bakar
Februari 8, 2018 05:59 MYT
Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata bantuan tahunan RM100 itu bertujuan memudahkan ibubapa menyediakan kelengkapan persekolahan anak mereka. - Foto Astro AWANI
Sejumlah RM327 juta diperuntukkan untuk bantuan awal persekolahan 2018 kepada pelajar seluruh negara bagi meringankan beban kewangan keluarga.
Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata bantuan tahunan RM100 itu bertujuan memudahkan ibubapa menyediakan kelengkapan persekolahan anak mereka.
Menurut Mahdzir, Terengganu adalah antara negeri menerima peruntukan tertinggi dengan jumlah RM16.3 juta .
"Ini memang tanggungjawab kerajaan, tapi kerajaan yang ada mestilah kerajaan yang kukuh dari segi politiknya, kalau negara tidak aman, kucar kacir, bergaduh sesama sendiri tidak mungkin sebuah kerajaan boleh berbuat sesuatu untuk rakyatnya," katanya ketika merasmikan program bantuan awal persekolahan di Sekolah Kebangsaan Ketengah Jaya Dua, Bandar Ketengah Jaya, Dungun pada Khamis
.
Pada majlis itu , seramai 2,000 pelajar dari enam buah sekolah rendah dan menengah di sekitar Bandar Ketengah Jaya masing masing menerima bantuan sebanyak RM100.
#bantuan awal persekolahan #kelengkapan #kerajaan #Mahdzir Khalid #menteri #pelajar #pendidikan #sekolah
;