Bantu mangsa banjir, Rosyam Nor terima sumbangan penyembur air

Gempak
Disember 25, 2021 09:07 MYT
Rosyam berkata, pada mulanya beliau mahu membeli penyembur air tersebut namun diberi tajaan bagi membantu mangsa banjir. - Foto Instagram/Rosyam Nor
KUALA LUMPUR: Pelakon dan penerbit Datuk Rosyam Nor, berbesar hati apabila jenama penyembur air terkemuka keluaran German menaja peralatan tersebut untuk membantu membersihkan rumah mangsa banjir.
Rosyam berkata, pada mulanya beliau mahu membeli beberapa unit pemyembur air untuk tujuan pembersihan, tetapi tidak menjangkakan dia diberikan gadget tersebut secara percuma.
“Terima kasih @karchermalaysia bermurah hati membantu menaja penyembur air keluaran Jerman bagi team saya membantu membersihkan rumah yang kena bencana banjir.
“Mula-mula saya datang nak beli. Tapi bila boss dia tau saya nak tolong mangsa banjir dia dengan berbesar hati menaja,” katanya.
Sementara itu menerusi hantaran di Instagram (IG), Rosyam bersama kumpulannya sudah bersedia untuk menjalankan misi bantuan mereka.
Di ruangan komen, ramai pengikut memuji usaha Rosyam dan tidak kurang juga yang mengaitkan dengan isu tular sumbangan RM1,000 untuk seunit pemyembur, oleh sebuah parti politik.
Artikel asal disiarkan di Gempak.
#mangsa banjir #Rosyam Nor #penyembur air #bantuan
;