Bantu cari Kelvin, kanak-kanak hilang sejak semalam

Umavathi Ramayah
Mac 23, 2021 07:41 MYT
Kelvin memakai baju berwarna biru muda serta berseluar pendek berwarna hitam sebelum dilaporkan hilang. - Gambar IPD Cheras
KUALA LUMPUR : Polis sedang mencari seorang kanak-kanak berusia 10 tahun yang dilaporkan hilang di Cheras, sejak semalam.
Kenyataan yang dikeluarkan Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman memaklumkan kanak-kanak berkenaan, Kelvin disedari hilang pukul 9.51 malam Isnin di hadapan rumah Persatuan Kebajikan dan Sosial Kim Loo Ting, Jalan 13A Kampung Baru Salak Selatan, Cheras di sini.
"Kanak-kanak itu memakai baju berwarna biru muda serta berseluar pendek berwarna hitam sebelum dilaporkan hilang," katanya di sini pada Selasa.
Menurut kenyataan itu, kanak-kanak yang berambut pendek itu berketinggian 150 sentimeter dan berat badan 35 kilogram.
Justeru orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kana-kanak itu diminta menghubungi Sarjan Mohd Ridzuan Yamin di talian 018-3505950, Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras (03-9145222) atau mana-mana balai polis berhampiran dengan segera.
#kanak-kanak hilang #Talian Nur #IPD Cheras #kebajikan #polis #Ketua Polis Negara #Polis Diraja Malaysia