Bantahan pemandu teksi bertukar kecoh

Mariah Ahmad
Julai 13, 2015 17:46 MYT
Para pemandu teksi di sekitar Lembah Klang menyifatkan MyTeksi dan perkhidmatan GrabCar sebagai menjejaskan periuk nasi mereka. - Gambar fail
Pertemuan kira-kira 70 pemandu teksi sekitar Lembah Klang bersama MyTeksi hari ini bertukar menjadi kecoh.
Ia berikutan apabila gabungan ini tidak dibenarkan masuk ke dalam ibu pejabat MyTeksi bagi menyertai satu pertemuan yang dikatakan telah diaturkan antara MyTeksi dan gabungan ini.
Pertemuan ini pada mulanya adalah untuk mendapatkan reaksi MyTeksi berhubung memorendum aplikasi GrabCar, milik MyTeksi pada 29 Jun lalu.
Menurut wakil gabungan ini, Kamarudin Mohd Hussain, beliau berkata mereka mendakwa MyTeksi telah mekhianati mereka dengan menyediakan perkhidmatan operasi GrabCar, yang disifatkan menjejaskan periuk nasi mereka.
"MyTeksi amat mengecewakan kami apabila mereka mengelar kami yang hadir hari ini sebagai penceroboh, sedangkan penceroboh sebenar adalah MyTeksi yang mewujudkan GrabCar dan menceroboh harta pencarian kami," beliau memberitahu pemberita hari ini di hadapan ibu pejabat MyTeksi di Seksyen 13 di sini.

Kira-kira 70 pemandu teksi mengadakan bantahan terhadap perkhidmatan Grabcar di hadapan pejabat MyTeksi. @501Awani pic.twitter.com/66v1YG3qQG

— Mariah Ahmad (@A_marea) July 13, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

11.10am - Beberapa anggota polis tiba di hadapan pejabat MyTeksi untuk melihat keadaan bantahan di sini. @501Awani pic.twitter.com/dVEezMv8Yi

— Mariah Ahmad (@A_marea) July 13, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Pemandu-pemandu teksi ini melaungkan 'Hapus Grabcar' ketika melakukan bantahan di hadapan MyTeksi. @501Awani pic.twitter.com/aRIrv6ruWD

— Mariah Ahmad (@A_marea) July 13, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Menurut Kamarudin lagi, jika tiada tindakan selanjutnya daripada mana-mana pihak bertanggungjawab berhubung bantahan perkhidmatan GrabCar, pihak mereka mungkin akan melakukan tindakan yang lebih agresif daripada sebelum ini.
"Kita telah adakan penyerahan memorendum, mengadakan perhimpunan aman, menghormati undang-undang yang sedia ada namun sehingga hari ini tiada satu pihak pun yang tampil untuk menyelamatkan periuk nasi kami.
"Jadi tidak mustahil jika perkara ini berterusan, api yang membara di dalam hati pemandu teksi akan membara dan terus membara dan meletus, dan mungkin selepas ini akan berlakunya satu tindakan yang lebih agresif."
Sementara itu, pada jam kira-kira 11.20 pagi, Pengurus Bahagian Pemandu MyTeksi Dylan Wong telah keluar daripada ibu pejabat mereka untuk membaca kenyataan mereka berhubung perkara ini.
"Kami berasakan sudah tiba masanya untuk pihak berkuasa melakukan satu perbincangan progresif mengenai perkara ini.
"Bersama-sama dengan pemandu teksi, kami meminta Kementerian Pengangkutan dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) untuk melihat semula undang-undang sedia ada mengenai aplikasi perkongsian pemanduan dan teksi," kata Wong kepada pemberita.
Bantahan pemandu-pemandu teksi itu berakhir dengan aman pada jam kira-kira 11.50 pagi.
#Bantahan #GrabCar #Kementerian Pengangkutan #myteksi #pemandu teksi #SPAD
;