Bank rugi RM400,000 dalam kejadian rompakan di Melaka

Raffi Bachik
Januari 21, 2016 04:35 MYT
Dalam kejadian itu, perompak bertindak merampas beg berisi wang yang dibawa pengawal keselamatan dan berlaku sedikit pergelutan. -Gambar fail
Wang tunai berjumlah RM400,000 berjaya dilarikan sekumpulan perompak di sebuah bank di Pulau Sebang, Melaka Tengah malam tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 malam, perompak bertindak merampas beg berisi wang yang dibawa keluar dari bank oleh pengawal keselamatan untuk dimasukkan ke dalam van.
Menurut Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintenden Mohamad Ismail Mohd Yusuf, berlaku pergelutan kecil di antara seorang perompak dengan pengawal keselamatan, namun tiada kecederaan dilaporkan.
Susulan kejadian, kesemua enam pengawal keselamatan tersebut direman untuk membantu siasatan.
Kes disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan, dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.
#Melaka Tengah #pengawal keselamatan #perompak #Pulau Sebang #rompakan bank