Bank of Johor: TMJ, netizen sambut baik cadangan Sultan Johor

Nizam Bakeri
April 14, 2016 11:34 MYT
TMJ menyambut baik cadangan ayahanda baginda untuk menubuhkan 'Bank of Johor' - Foto Facebook/Johor Southern Tigers
TUNKU Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim merakamkan ucapan tahniah atas cadangan ayahandanya, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar untuk menubuhkan 'Bank of Johor'.
Dalam catatan di laman Facebook rasmi Johor Southern Tigers, baginda berharap agar Bank of Johor bukan sahaja membantu bangsa Johor yang kurang mampu untuk membuat pinjaman perumahan, bahkan dalam aspek simpanan dan pelaburan.
Sultan Johor hari ini mencadangkan supaya kerajaan negeri menubuhkan bank sendiri atau “Bank of Johor”.
Ia bagi memudahkan rakyat negeri itu membuat pinjaman perumahan ekoran masih ramai rakyat yang tidak dapat memiliki rumah walaupun kerajaan Negeri dan Persekutuan membina banyak rumah mampu milik untuk rakyat berpendapatan rendah.
“Negeri menubuhkan bank sendiri bagi memudahkan rakyat membuat pinjaman perumahan. Bank, yang dinamakan sebagai 'Bank of Johor', berkenaan turut diharap dapat memberi pembiayaan terhadap projek pembangunan selain membolehkan rakyat membuat simpanan tabungan dan pelaburan,” titah baginda ketika merasmikan pembukaan penggal Persidangan Keempat Dewan Negeri Johor ke-13 di Bangunan Sultan Ibrahim di sini, hari ini.
Netizen sambut baik
Cadangan Sultan Johor turut mendapat sambutan baik netizen yang berharap cadangan tersebut mampu meringankan beban kewangan.

Nice lah Bank of Johor /p>— Asyraf (@afiq__asyraf) April 14, 2016

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Kalau betul Bank of Johor tu bakal diwujudkan. Serious sangat membantu rakyat Johor yang susah. /p>— Aina (@sitiainaaaaa) April 14, 2016

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Menjunjung titah tuanku atas pernitahan cadangan untuk tubuh Bank Of Johor. InsyaAllah akan memberi manfaat untuk seluruh rakyat negeri

— #SpongebobMalaya (@AimanJumat96) April 14, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Bank of Johor #Sultan Johor #Tunku Mahkota Johor