Bank Islam akan lakukan peralihan automatik aplikasi GO ke BIMB Mobile

Amanz
Februari 17, 2025 12:00 MYT
Bank Islam akan memindahkan pengguna aplikasi GO ke aplikasi BIMB Mobile secara automatik bermula 3 Mac 2025. -Amanz
BANK Islam mengumumkan mereka akan melakukan peralihan secara automatik untuk pengguna aplikasi GO ke aplikasi BIMB Mobile.

Ringkasan AI
  • Bank Islam akan memindahkan pengguna aplikasi GO ke aplikasi BIMB Mobile secara automatik bermula 3 Mac 2025.
  • BIMB Mobile adalah aplikasi terbaharu yang menawarkan pengalaman lebih moden dan lancar.
  • Peralihan ini memudahkan Bank Islam menguruskan satu aplikasi sahaja, dan pengguna boleh memuat turun BIMB Mobile dari kedai aplikasi Android dan iOS hari ini.

Peralihan ini akan dilakukan secara berperingkat bermula 3 Mac 2025.
Aplikasi BIMB Mobile merupakan aplikasi terbaharu Bank Islam yang dikatakan menyediakan penawaran lebih moden dan lancar kepada pengguna.
Dengan peralihan automatik ini juga, ia akan memudahkan pihak Bank Islam menguruskan satu aplikasi untuk pengguna.
Bagi anda yang menggunakan akaun Bank Islam, anda boleh melakukan pemindahan dengan lebih awal ke BIMB Mobile dengan memuat turun daripada kedai aplikasi Android dan iOS hari ini. -Amanz
#Islam #Bank Islam #aplikasi GO #BIMB Mobile
;