Bank bergerak akan diperluas di luar bandar Sarawak

Astro Awani
Jun 13, 2020 11:09 MYT
Menurut Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar, keperluan untuk menyelesaikan urusan kewangan oleh penduduk luar bandar dapat diselesaikan sekiranya fasiliti tersebut disediakan buat mereka. -Gambar Arkib
Penyediaan bank bergerak adalah alternatif terbaik dalam penyelesaian perkhidmatan perbankan di kawasan luar bandar Sarawak.
Justeru, menurut Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, kerjasama dengan kerajaan negeri akan dilakukan dalam memperluaskan perkhidmatan perbankan di kawasan sukar dicapai.
Jelasnya, alternatif itu bakal memudahkan urusan kewangan penduduk di kawasan tersebut.
“Saya telah dimaklumkan (oleh kerajaan negeri) bahawa sumber kewangan untuk perkhidmatan bank bergerak sudah ada. Sudah tertulis bahawa pihak kami terlibat sama.
“Di sini maknanya, kerajaan negeri akan memberi sumbangan bagi membeli bas dan setengahnya, pihak kami akan bantu,” katanya.
Ujarnya lagi, perkhidmatan ini memberi fokus bukan hanya di sesuatu kawasan sahaja, malah ia akan diperluas ke seluruh pelusuk Sarawak.
Wan Junaidi berkata demikian dalam majlis penyerahan pinjaman Skim Pembiayaan Mikro Kredit (CBRM) TEKUN dan Skim Bantuan Koperasi Malaysia di Bank Rakyat Cawangan Simpang Tiga di Kuching pada Sabtu.
#Astro Awani #AWANI Sarawak #Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar #luar bandar Sarawak #Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi #Perkhidmatan Bank Bergerak Sarawak #Skim Bantuan Koperasi Malaysia #Skim Pembiayaan Mikro Kredit CBRM TEKUN