Banjir: Ujian lisan Bahasa Melayu di seluruh negara berjalan lancar, baik - Fadhlina

Bernama
Disember 2, 2024 13:30 MYT
Calon-calon SPM membuat persiapan terakhir bagi menduduki ujian bertutur Bahasa Melayu ketika tinjauan di SMK Chabang Empat, Tumpat, hari ini. - Gambar/ Bernama
PASIR MAS: Perjalanan calon Sijil Pelajaran Malaysia yang menduduki ujian lisan Bahasa Melayu pada hari ini di seluruh negara berjalan dengan lancar, kata Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.
Beliau berkata tidak ada calon SPM termasuk di negeri terjejas akibat banjir, tercicir daripada menduduki peperiksaan itu.
"Alhamdulillah, semalam 100 peratus pemindahan calon-calon SPM secara besar-besaran dapat dilaksanakan bersama agensi-agensi keselamatan.
"Kita doakan agar anak-anak kita dapat mengharungi peperiksaan SPM ini dengan baik, insya-Allah," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas taklimat situasi perjalanan SPM di negeri terjejas di Pejabat Pendidikan Daerah Pasir Mas, di sini, hari ini.
#banjir2024 #monsun timur laut #SPM #Fadhlina Sidek #terkini
;