Banjir: TMJ arah Southern Volunteers bantu mangsa

Siti Nur Aqilla Omar
Disember 19, 2021 14:56 MYT
Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengarahkan Pasukan Sukarelawan, Southern Volunteers bersiap sedia untuk dihantar ke kawasan yang dilanda banjir ketika ini. - Gambar Facebook
JOHOR BAHRU: Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengarahkan Pasukan Sukarelawan, Southern Volunteers bersiap sedia untuk dihantar ke kawasan yang dilanda banjir ketika ini.
Dalam hantaran terbaharu di akaun Facebook, baginda bertitah, tindakan itu diambil sebagai usaha membantu, membersih dan mengagih sumbangan barang keperluan kepada mangsa banjir.
"Saya berharap pihak berkuasa memberi pertolongan kepada semua yang terjejas. Tumpuan juga perlu diberi kepada pencegahan banjir dengan segera.
"Saya juga telah mengarahkan agar Southern Volunteers bersiap sedia untuk dihantar ke kawasan-kawasan banjir bagi usaha membantu, membersih dan pengagihan sumbangan barangan keperluan.
"Sama-sama kita doakan untuk keselamatan dan berkat Allah SWT bagi semua mangsa banjir," titah Tunku Ismail lagi.
Sejak semalam hingga kini, banjir melibatkan enam negeri dengan lebih 14,000 mangsa banjir berada di pusat pemindahan sementara (PPS) melibatkan Pahang, Selangor, Kelantan, Terengganu, Melaka dan Negeri Sembilan.
#banjir #TMJ #Tunku Mahkota Johor #Southern Volunteers
;