Banjir: Tiga balai polis, pondok pasukan beruniform dinaiki air

Nur Fazlizai Ali
Februari 28, 2022 01:20 MYT
Balai Polis Kuala Jengai paling teruk terjejas. - Astro AWANI
DUNGUN: Sebanyak tiga buah balai polis dan sebuah pondok pasukan beruniform terjejas menerusi gelombang kelima banjir yang melanda Terengganu.
Ketua Polis Terengganu, Datuk Rohaimi Md Isa berkata, ia melibatkan Balai Polis Manir di Kuala Terengganu, Balai Polis Kuala Jengai, Dungun dan Balai Polis Air Putih, Kemaman.
Manakala sebuah Pondok Polis Pasir Raja, Dungun juga turut terjejas.
Beliau berkata setakat ini Balai Polis Kuala Jengai paling teruk terjejas.
Hujan berterusan menyebabkan balai dan kuarters yang menempatkan 10 anggota dan 23 ahli keluarga itu mula dinaiki air pada Ahad.
Rohaimi berkata kesemua anggota yang berada di balai berkenaan juga selamat dan sudah dipindahkan.
Jelasnya semua aset, peralatan komunikasi yang terdapat di balai dan pondok berkenaan juga telah dipindahkan.
Beliau berkata setakat ini kesemua balai dan pondok yang terjejas masih ditutup.
#banjir #balai polis #pondok pasukan beruniform #hujan berterusan