Banjir teruk di Jalan Tun Perak

Khairul Wasiril Aswad
Mei 7, 2013 19:47 MYT
Hujan lebat yang berpanjangan serta saluran longkang yang tersumbat adalah penyumbang utama kawasan ditakungi air dan banjir di sekitar kawasan Masjid Jamek, Jalan Tun Perak dan Masjid India.
Pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) ketika dihubungi mengesahkan kejadian banjir di Jalan Tun Perak berhampiran stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Masjid Jamek yang menjadi punca kesesakan lalu lintas di pusat bandar.
“Kemungkinan besar, saluran air longkang yang tersumbat adalah punca utama kejadian banjir di kawasan itu," jelas pegawai bertugas bilik gerakan DBKL.
Tambahnya, dengan kerjasama kekuatan anggota Alam Flora, keadaan dijangka kembali pulih seperti sedia kala dalam jangka masa 3 hingga 4 jam.

Hujan lebat mencurah-curah. Air dah mula naik menunjukkan tanda-tanda banjir. Masjid Jamek bakal banjir lagi ke ni?

— Nur Nabila AR (JAFC) (@NurNabilaAR) May 6, 2013
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

kawasan Masjid Jamek banjir..Air sungai naik mendadak. Habis basah tudung n seluar aku.

— Nabilah :) (@fluffyfieyla) May 7, 2013
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Dpn lrt masjid jamek dah banjir twitpic.com/cow3wx

— Abby Shahrin (@abbyshahrin) May 7, 2013
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Sekiranya berlaku sebarang kejadian banjir di sekitar kawasan Kuala Lumpur, masyarakat setempat boleh terus menghubungi bilik gerakan DBKL beroperasi selama 24 jam di talian 03-40220055.
#banjir #DBKL #Jalan Tun Perak #masjid jamek
;