BAGAN DATUK: Pam-pam air berkuasa tinggi harus ditambah dan ditempatkan segera bagi menyedut keluar air dari kawasan yang terjejas akibat banjir termenung atau banjir genang di seluruh negara.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau akan melaksanakkan koordinasi dengan tiga agensi iaitu Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) serta Agensi Pertahanan Awam (APM) bagi usaha menempatkan segera pam air berkenaan.
Ujarnya langkah penyelesaian sederhana itu perlu dilakukan segera bagi menyelesaikan masalah banjir genang yang membelenggu rakyat ketika ini walaupun pam air berkuasa tinggi itu perlu diimport dari luar negara.
“Saya akan meneliti pam-pam air berkuasa tinggi yang masih ada pada simpanan kerajaan iaitu yang sedia ada, dan jika ia perlu diimport (untuk tambahan), maka saya harap JPS, Nadma, dan APM dapat mengemukakan cadangan itu mengikut tatacara pembelian yang betul.
“Walau bagaimanapun langkah-langkah itu diharap dapat dilakukan dengan segera kerana jangan biarkan rakyat menunggu begitu lama.
“Rakyat amat sengsara jika banjir ini tidak dapat diatasi dengan segera terutama apabila air mula surut, seterusnya terdapat permasalahan yang dihadapi mereka pada pasca banjir seperti pembaikkan rumah dan risiko penyakit,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada sidang media selepas meninjau Pusat Pemindahan Sementara (PPS) mangsa banjir di Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Tiang Darat, dekat sini, pada Ahad.
PPS yang dibuka pada Jumaat itu kini menempatkan 19 mangsa daripada 10 keluarga dari Kampung Sungai Belukang, Kampung Sungai Tiang Darat serta Kampung Sungai Nipah Darat.
Dalam pada itu, Ahmad Zahid berkata Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah telah mengusulkan agar pam air dapat ditempatkan di sembilan lokasi yang terjejas dengan banjir genang di Bagan Datuk.
Justeru, Ahli Parlimen Bagan Datuk itu berkata peruntukan segera daripada Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri serta permohonan khas kepada Perdana Menteri perlu dilakukan bagi menyelesaikan masalah itu segera.
Sementara itu, Ahmad Zahid menjelaskan projek tebatan banjir bagi penyelesaian jangka masa panjang berhubung masalah bah di daerah berkenaan yang menelan belanja RM80 juta telah siap 15 peratus.
Kata antara komponen projek tersebut termasuk kerja-kerja pembinaan ban penahan banjir, selain turut menyalurkan peruntukan ahli parlimen bagi mendalamkan parit.
“Untuk kawasan yang telah diluluskan (projek tebatan banjir di Bagan Datuk), ia mengambil tempoh tiga tahun, mulai tahun hadapan.
“Tetapi saya akan mencari jalan supaya proses dan keputusan tender dapat disegerakan kerana saya tidak mahu setiap tahun (masalah banjir) berulang,” jelasnya lagi.
Amirrul Rabbani
Sun Dec 18 2022
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (tengah) ketika meninjau keadaan banjir di Kampung Bagan Sungai Belukang hari ini. - Foto BERNAMA
MTL: Kerajaan Kelantan minta orang ramai elak lakukan aktiviti luar
Kerajaan Kelantan mengingatkan orang ramai agar tidak melakukan sebarang aktiviti-aktiviti luar susulan musim Monsun Timur Laut (MTL) ini.
Lelaki Orang Asli ditemukan lemas di Sungai Tumboh
Mayat mangsa ditemukan oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dengan berpakaian lengkap dan dipercayai tersangkut pada pokok liar.
AWANI Ringkas: Salah laku | RUU Pekerja Gig
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
10 Berita Pilihan - (22 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: 1MDB | Mahkamah | Bahan api
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pelajar ditemukan lemas selepas tergelincir ke dalam tali air di Kota Bharu
Muhamad Faris Mohd Nor berusia 14 tahun ditemukan di dasar tali air berkenaan pada kedalaman kira-kira lapan meter.
Tumpuan Sabtu – 23 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
It's About YOUth: Project EXIT uncovers mental health struggles
Astro Shaw’s Project EXIT shines a stark light on suicide and mental health. Director Zulaikha Zakaria and producer Syakir “Mo” Zakii discuss how the series delves into the realities of mental health, friendship, and the search for hope. #ItsAboutYOUth
AWANI Tonight: PM’s travels funded by govt, not private companies - Minister
Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s overseas trips to five countries were funded by the government, while corporate executives covered their own costs.
AWANI Tonight: What are the implications of ICC’s arrest warrant for Israel & Hamas?
Aisya Abdul Rahman from University Malaya discusses the significance of the International Criminal Court’s recent arrest warrant for Israel’s Prime Minister and former Defence Minister, as well as the military commander of Hamas.
Situasi banjir di Terengganu, Perak bertambah buruk, Kelantan kembali dilanda
Situasi banjir di Terengganu dan Perak terus mencatatkan peningkatan, manakala Kelantan menjadi negeri terbaharu di landa banjir setakat 8 malam tadi.
Bachok jajahan pertama Kelantan dilanda banjir, sebuah PPS dibuka
Bachok menjadi daerah pertama di Kelantan yang dilanda banjir susulan hujan berterusan sejak Rabu lepas, dan sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) telah dibuka.
Orang Asli bina rumah bangsal atas bukit siap sedia hadapi banjir
60 rumah bangsal dibina sejak sebulan lepas yang dapat menempatkan lebih 1,000 orang sebagai iktibar kejadian banjir besar di Kelantan pada 2014.
Banjir: 66 mangsa dipindahkan ke PPS di Perak, dua sungai di Kelantan pada paras berjaga-jaga
Kesemua mangsa dari Kampung Simpang Halt yang terjejas berlindung di PPS berkenaan sejak 10 malam tadi.
Banjir di Terengganu hampir pulih sepenuhnya
Semua mangsa di daerah Marang telah dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing petang tadi memandangkan banjir telah surut.
Situasi banjir Terengganu tidak banyak berubah
Situasi banjir di Terengganu tidak banyak berubah dengan jumlah mangsa terjejas sebanyak 2,579 orang setakat 8 pagi ini.
Jumlah mangsa banjir di Terengganu menurun
Kesemua mangsa di Dungun, Setiu dan Hulu Terengganu telah dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing petang tadi memandangkan air telah surut.
Hampir 20 buah kampung di Pasir Mas dijangka alami banjir Jumaat ini - JPS
Banjir yang diramalkan itu boleh berlaku lebih awal atau lewat dari masa yang dijangkakan bergantung kepada keadaan hujan yang signifikan berlaku di kawasan berkenaan.
Banjir Terengganu: Kemaman dan Marang masih terjejas, 2,545 mangsa kekal di PPS
Banjir yang melanda daerah Hulu Terengganu, Dungun, dan Setiu telah pulih sepenuhnya pada Rabu.
Mangsa banjir Kemaman dinasihat tidak pulang ke rumah meski cuaca baik
Kemaman adalah daerah pertama dan terburuk dilanda gelombang pertama banjir Monsun Timur Laut di Terengganu.