Banjir Terengganu: Lebih 2,000 mangsa dibenar pulang, hanya 59 masih berada di PPS
Nur Fazlizai Ali
November 21, 2024 18:20 MYT
November 21, 2024 18:20 MYT
KEMAMAN: Jumlah mangsa banjir yang melanda Terengganu sejak Selasa lalu menunjukkan penurunan mendadak pada Khamis.
Ringkasan AI
- Jumlah mangsa banjir di Terengganu menunjukkan penurunan mendadak pada Khamis, dengan lebih 2,000 mangsa di daerah Kemaman dan Marang telah dibenarkan pulang.
- Hanya 59 mangsa daripada 15 keluarga masih terjejas di daerah Kemaman, dengan tiga Pusat Pemindahan Sementara masih diaktifkan.
- Gelombang pertama banjir yang melanda Terengganu pada Selasa lalu menyebabkan lebih 2,000 mangsa dipindahkan, tetapi kesemua mangsa dari daerah lain telah dibenarkan pulang secara berperingkat pada Rabu.
Ia berikutan lebih 2,000 mangsa yang dipindahkan di daerah Kemaman dan Marang telah dibenarkan pulang.
Menerusi laporan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu setakat ini hanya 59 mangsa membabitkan 15 keluarga masih terjejas di daerah Kemaman.
Tiga Pusat Pemindahan Sementara masih diaktifkan di daerah itu bagi menempatkan 15 keluarga.
Seramai 29 mangsa daripada enam keluarga masih berlindung di PPS Balairaya Padang Kemunting,19 lagi mangsa di Balairaya Beris Nenas dan 11 mangsa di Balairaya Meraga Beris.
Gelombang pertama banjir yang melanda Terengganu pada Selasa lalu menyaksikan lebih 2,000 mangsa khususnya di daerah Kemaman telah dipindahkan.
Bencana itu juga telah merebak keempat lagi daerah Setiu, Hulu Terengganu, Marang dan Dungun sebelum kesemua mangsa dibenarkan pulang secara berperingkat pada Rabu.