Banjir surut sepenuhnya, satu PPS ditutup
Bernama
Oktober 18, 2022 22:04 MYT
Oktober 18, 2022 22:04 MYT
KANGAR: Banjir kilat di Perlis surut sepenuhnya dan sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) di Kuala Perlis ditutup malam ini.
Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Perlis Lt Kol (PA) Mohd Izaimi Mohd Daud berkata PPS di Surau Kampung Teluk yang menempatkan 16 mangsa termasuk seorang kanak-kanak itu ditutup pada 8 malam.
"Semua mangsa yang berteduh di PPS Surau kampung Teluk sejak Ahad telah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing," katanya ketika dihubungi pemberita malam ini.
-- BERNAMA