TEMERLOH: Penduduk di lokasi terjejas banjir dinasihatkan untuk segera berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) sebaik sahaja pihak berkuasa mengeluarkan arahan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas) Datuk Armizan Mohd Ali.
Beliau berkata arahan itu dikeluarkan dengan mengambil kira faktor keselamatan penduduk bagi mengelakkan kejadian tidak diingini daripada berlaku, selain terdapat peruntukan undang-undang yang mewajibkan penduduk berpindah ke PPS jika diarahkan.
Berdasarkan Seksyen 4C(1) Akta Pertahanan Awam Malaysia 1952 (Akta 221), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) selaku sekretariat bagi jawatankuasa pengurusan bencana di peringkat negeri dan daerah mempunyai kuasa mewajibkan penduduk berpindah.
"Walaupun tindakan boleh diambil kepada mereka yang tidak patuh (pada arahan berpindah), di peringkat ini kita memfokus kepada kesedaran supaya masyarakat faham arahan yang dikeluarkan dibuat dengan mengambil kira faktor keselamatan diri mangsa banjir.
"Kita juga berharap semua pihak terutamanya ibu bapa untuk mengambil aspek keselamatan (semasa banjir) secara serius kerana hal berkaitan iklim dari tahun ke tahun dijangka lebih serius," katanya kepada pemberita selepas meninjau PPS di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Semantan di sini hari ini.
PPS SMK Semantan yang mula beroperasi sejak Khamis lepas, menempatkan 339 mangsa daripada 103 keluarga dengan sebilangan besar mereka ialah penduduk di Kampung Batu Kapor di sini, yang dilanda banjir setiap tahun ekoran kedudukannya berhampiran Sungai Semantan.
Armizan juga berkata setakat pagi tadi, selain Pahang, banjir juga berlaku di Perak, Johor, Kelantan dan Terengganu dengan jumlah keseluruhan mangsa seramai 2,763 orang daripada 834 keluarga yang berada di 22 PPS.
Masyarakat juga diingatkan supaya sentiasa peka dan merujuk kepada maklumat terkini daripada sumber sahih berhubung bencana banjir, memandangkan ramalan Jabatan Meteorologi (MET Malaysia) menjangkakan berlaku antara empat hingga enam episod luruan monsun sepanjang Monsun Timur Laut (MTL) kali ini.
Mengulas mengenai kolaborasi antara agensi berkaitan banjir, Armizan berkata setakat ini, penyelarasan dan kesiapsiagaan semua pihak berjalan mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan, dan penambahbaikan sentiasa boleh dilakukan berdasarkan pengalaman dan situasi bagi memastikan kebajikan rakyat sentiasa terjamin.
"Di Pahang, misalnya saya tertarik dalam aspek pembekalan makanan apabila pek makanan retort disediakan untuk mangsa banjir. Ini membolehkan aspek bekalan makanan diselesaikan segera walaupun terdapat pelbagai tugasan utama perlu dilakukan pada peringkat awal berpindah," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Dec 13 2022
Penduduk di lokasi terjejas banjir dinasihatkan untuk segera berpindah ke pusat pemindahan sementara sebaik sahaja pihak berkuasa mengeluarkan arahan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Armizan Mohd Ali.- gambar BERNAMA
China akan kuatkuasakan tindakan lebih tegas terhadap penipuan telekomunikasi
Garis panduan ini bertujuan untuk memperkuat penguatkuasaan undang-undang antipenipuan telekomunikasi dan dalam talian negara.
Eksport beras Vietnam melebihi lapan juta tan
Eksport beras Vietnam mencecah 8.05 juta tan setakat 15 Nov, menjana pendapatan sebanyak AS$5.05 bilion.
KPWKM perkenal Skuad Waja Gen Z santuni remaja - Noraini
Skuad Waja Gen Z dapat membantu meningkatkan kesedaran terhadap pendidikan kesihatan reproduktif dan sosial terutama kepada golongan remaja dalam komuniti setempat.
Selangor perluas inisiatif kitar semula ke 1,200 lokasi kejiranan
Selangor pergiat usaha pemuliharaan alam sekitar dengan memperluaskan program kitar semula ke 1,200 lokasi kejiranan di negeri itu.
Baki lima anggota 'Bali Nine' bakal dipindahkan ke Australia
Indonesia bersetuju untuk membenarkan lima baki anggota 'Bali Nine' warga Australia yang terbabit dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal Indonesia - Bali, dikembalikan ke negara kelahiran mereka itu. Kesemua lima suspek berkenaan yang kini dalam tempoh pemenjaraan seumur hidup di Bali antara sembilan individu yang terbabit dalam kes penyeludupan heroin 8.3 kilogram di pulau berkenaan.
Indonesia tolak cadangan pelaburan AS100 juta Apple
Kerajaan Indonesia secara rasmi menolak cadangan pelaburan AS$100 juta oleh Apple untuk tempoh 2024-2026.
Gempa bumi dengan magnitud 6.4 gegarkan barat Ishikawa, Jepun
Pihak berkuasa menasihatkan agar pemantauan terus dilakukan. Tiada amaran tsunami dikeluarkan.
Ugut bunuh Presiden Filipina, Naib Presiden terima sepina
Biro Penyiasatan Nasional (NBI) Filipina hari ini memanggil Naib Presiden, Sara Duterte supaya memberi keterangan mengenai ancaman bunuh ke atas Presiden, Ferdinand Marcos Jr.
PBB amat khuatir serangan di Lubnan semakin memuncak
Suruhanjaya tinggi bagi hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) (OHCHR) menyatakan kebimbangan terhadap situasi yang berlaku di rantau Asia Barat terutama di selatan Lubnan yang semakin memuncak.
Kekhuatiran itu dinyatakan ketua OHCHR, volker turk disampaikan jurucakapnya Jeremy Laurence pada Selasa.
Kekhuatiran itu dinyatakan ketua OHCHR, volker turk disampaikan jurucakapnya Jeremy Laurence pada Selasa.
Rasionalisasi subsidi diesel bukan faktor utama kenaikan kos barangan sektor pembuatan - MOF
Menurut MOF, rekod pencapaian bulanan PMI sektor pembuatan bagi 2024 boleh dianggap lebih baik dan stabil berbanding 2023.
Banjir di Kelantan memburuk, Terengganu beransur pulih, Johor kekal setakat 8 malam
Situasi banjir di Kelantan bertambah buruk manakala Terengganu beransur pulih dan Johor pula tiada perubahan setakat 8 malam ini.
Banjir: 13 kawasan berbukit dikenal pasti lokasi perpindahan penduduk Gua Musang
Ia merupakan usaha agensi kerajaan dan keselamatan di jajahan Gua Musang dalam melakukan kesiapsiagaan sekiranya berlaku banjir besar kali ini.
MTL: Lebih 100 hektar padi sedia dituai ditenggelami banjir, kerugian hampir RM1 juta
Seramai 39 pesawah dari Kampung Luar dan Kampung Tersang di sini mengalami kerugian hampir RM1 juta selepas sawah seluas 121 hektar ditenggelami banjir.
Perdana Menteri sampai sumbangan khas kepada mangsa banjir di Melaka
Sumbangan disampaikan oleh Setiausaha Politik Kanan beliau, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin pada satu majlis di Tanjung Minyak.
Lapan sekolah di Terengganu berisiko banjir ketika SPM
Beliau berkata empat daripadanya di Kemaman membabitkan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Chukai, SMK Ayer Puteh, SMK Mak Lagam, dan SMK Bukit Mentok.
Mangsa banjir meningkat di lima negeri
Jumlah mangsa banjir di seluruh negara mencatatkan peningkatan kepada 191 orang setakat 6 pagi Selasa, berbanding 183 mangsa semalam.
Banjir: Jumlah mangsa di Terengganu berkurang, Johor dan Kelantan tidak berubah
Situasi banjir di Terengganu dilaporkan semakin pulih apabila jumlah mangsa ditempatkan di PPS di negeri itu berkurang manakala jumlah mangsa di Johor dan Kelantan tidak berubah setakat 8 malam ini.
Ribut Bert landa UK, tiga maut
Kesemua mangsa maut dalam insiden jalan raya ketika ribut melanda di Hampshire, Lancashire dan Trefriw, North Wales.
Mangsa banjir di lima negeri menurun
Negeri-negeri yang terjejas ialah Kelantan, Terengganu, Johor, Sarawak dan Selangor.
Banjir: Melaka pulih, Terengganu semakin baik, Johor dan Kelantan tidak banyak perubahan
Situasi banjir di Melaka pulih sepenuhnya manakala jumlah mangsa di Terengganu semakin berkurang sementara Johor dan Kelantan tidak menunjukkan banyak perubahan setakat malam ini.