Banjir: Satu PPS dibuka di Kuching

Bernama
Mac 11, 2023 22:30 MYT
Menurut laporan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak, PPS itu yang dibuka pada 6 petang tadi menempatkan 14 orang daripada empat keluarga. - Foto BERNAMA
KUCHING: Satu pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Dewan Sinaran Lumut di sini, bagi menempatkan mangsa banjir.
Menurut laporan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak, PPS itu yang dibuka pada 6 petang tadi menempatkan 14 orang daripada empat keluarga.
Kesemua mereka merupakan penduduk Kampung Buntal di sini.
Laporan itu memaklumkan situasi banjir berlaku susulan hujan berterusan sejak semalam.
-- BERNAMA
#banjir #Kuching #PPS #mati lemas
;