KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Kedah dan Perlis mencatatkan peningkatan manakala di Sabah kekal setakat 8 malam ini.
Di Kedah, jumlah mangsa banjir meningkat kepada 177 orang daripada 51 keluarga berbanding 123 orang daripada 36 keluarga tengah hari tadi.
Ketua Bahagian Sekretariat Pengurusan Bencana Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah Mejar (PA) Muhammad Suhaimi Mohd Zain berkata satu lagi PPS baharu dibuka di daerah Kubang Pasu.
"PPS Dewan Kampung Tradisi Lembah Keriang, Changlun yang dibuka pada 2.30 petang tadi menempatkan 27 orang daripada lapan keluarga manakala PPS Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Changlun yang dibuka semalam menempatkan 150 orang daripada 43 keluarga.
"Kesemua mangsa yang ditempatkan di dua PPS ini adalah dari Mukim Temin yang melibatkan Kampung Nangmah, Kampung Paya Nong Mi, Kampung Paya Lantau, Kampung Beru, Kampung Kubang Kayu dan Kampung Bendang Tok Leh," menurutnya dalam kenyataan malam ini.
Muhammad Suhaimi berkata hujan sudah berhenti sejak petang tadi dan keadaan cuaca buat masa ini masih mendung.
Perlis turut menyaksikan satu lagi PPS dibuka di Dewan Sekolah Kebangsaan Arau susulan pertambahan kawasan dinaiki air di sekitar Arau.
Pengarah APM Perlis Lt Kol (PA) Mohd Izaimi Md Daud berkata PPS itu yang dibuka pada 5 petang ini menempatkan 18 orang daripada empat keluarga dari sekitar Arau.
Semalam, sebuah PPS dibuka di Masjid al-Imran, Ulu Pauh namun kesemua 24 mangsa daripada lapan keluarga memilih untuk berada di rumah masing-masing.
Di Sabah, jumlah mangsa banjir membabitkan daerah Beaufort kekal 134 orang daripada 46 keluarga setakat 8 malam ini.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah dalam kenyataan memaklumkan kesemua mangsa ditempatkan di PPS Dewan Selagon yang dibuka sejak Ahad lepas susulan banjir berikutan hujan lebat berterusan.
"Kesemua mangsa adalah dari lima kampung di Beaufort yang terjejas akibat banjir," menurut kenyataan itu yang turut memaklumkan pemantauan masih lagi diteruskan di lokasi panas daerah berkenaan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Sep 26 2023
Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Kedah dan Perlis mencatatkan peningkatan manakala di Sabah kekal setakat 8 malam ini. - Foto Sinar Harian
“Israel boleh serang di mana-mana sahaja di Asia Barat” - Ketua IDF
Tentera Israel juga didakwa tahu bagaimana untuk menyerang dengan tepat dan dengan kekuatan.
“Iran enggan berperang, Israel yang paksa bertindak balas” - Presiden Massoud Pezeshkian
Presiden Massoud Pezeshkian beri amaran Iran tidak akan berdiam diri sekiranya Israel bertindak balas.
“Israel akan teguh bersatu,” kata Netanyahu selepas lapan tenteranya terbunuh
"Kami berada di tengah-tengah peperangan yang sukar menentang paksi kejahatan Iran yang bertujuan untuk memusnahkan kami." - Netanyahu
Lapan tentera Israel maut diserang Hezbollah di Lubnan
Kesemua mereka maut dalam dua pertempuran berasingan di selatan Lubnan pada Rabu.
Penganalisis ramal Malaysia bakal menjadi hab pusat data terbesar di ASEAN
Kira-kira 2 GW inventori sedang dalam pembinaan dan komited, sebahagian besarnya di Johor, dengan hampir 3 GW dalam peringkat pembangunan.
Sultan Selangor, TMJ setuju perseteruan bola sepak kekal dalam padang
Sultan Sharafuddin dan Tunku Mahkota Ismail juga menekankan perlu wujudnya perasaan saling hormat-menghormati serta perpaduan di luar padang.
Pahang mempunyai potensi lahirkan pemimpin berkaliber
Ia bersandarkan kepada pelbagai insentif dan dasar yang dilaksanakan kerajaan negeri Pahang termasuk program Akademi Menara Gading.
JAS pertingkat kerjasama dengan agensi terlibat banteras operasi e-waste
Tindakan berterusan akan dilaksanakan bersama agensi terlibat untuk membanteras kemasukan haram e-waste di pelabuhan negara.
ASEAN lancar inisiatif celik AI disokong geran Google bernilai AS$5 juta
Inisiatif dipimpin Yayasan ASEAN dan disokong geran AS$5 juta daripada Google.org, dilancarkan pada Forum Peluang AI Asia Tenggara pada Rabu.
Pelaksanaan Akta 852 galak persekitaran sihat, selamat untuk semua
Rakyat Sarawak menyifatkan akta yang diwartakan pada 2 Feb lepas itu penting untuk melindungi kesihatan orang ramai.
Hujan lebat: Sembilan mangsa di Kampar ditempatkan di PPS
Kesemua mangsa dipindahkan ke PPS Dewan Serbaguna Dato Azman Mahalan, Kuala Dipang.
Mangsa banjir di Kedah meningkat sedikit
Semua mangsa dari daerah Pokok Sena, Kota Setar dan Kubang Pasu itu ditempatkan di 13 pusat pemindahan sementara (PPS).
Jumlah mangsa banjir di Kedah turun kepada 1,332 orang
Jumlah mangsa banjir di Kedah berkurang kepada 1,332 orang daripada 426 keluarga setakat 8 malam ini berbanding 1,384 orang daripada 444 keluarga petang tadi.
Mangsa banjir di Kedah terus meningkat
Mangsa banjir di Kedah yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) mencecah 765 orang daripada 253 keluarga setakat 4 petang ini, berbanding 451 orang daripada 160 keluarga pagi tadi.
Banjir Kedah: Jumlah mangsa di PPS meningkat kepada 463
Pertambahan itu berbanding 164 mangsa daripada 58 keluarga di dua PPS di daerah Kubang Pasu dan Padang Terap, setakat jam 6 petang semalam.
Satu PPS baharu dibuka, mangsa banjir di Kedah meningkat
Air Sungai Laka di Kampung Padang Pasir, Sungai Sari di Kilang Gula Padang Terap dan Sungai Perik di Kampung Perik, melebihi paras bahaya.
PM Anwar buat panggilan video dengan Uya
Video yang dikongsikan di akaun TikTok @husnanawwarloksin memaparkan kanak-kanak itu meminta agar Perdana Menteri melawatnya di PPS.
Mangsa banjir di Kedah kekal 207 orang malam ini
Jumlah mangsa banjir di Kedah kekal 207 orang daripada 49 keluarga yang ditempatkan di dua pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah Pendang setakat 8 malam ini.
Mangsa banjir di Kedah berkurangan kepada 888 orang
Tujuh PPS di Kota Setar ditutup hari ini sekali gus menjadikan jumlah mangsa banjir di Kedah berkurangan kepada 888 orang setakat 4 petang ini.
Polis Kelantan mohon helikopter persediaan hadapi Monsun Timur Laut
Polis Kelantan memohon agar sebuah helikopter ditempatkan di negeri ini sebagai persediaan menghadapi Monsun Timur Laut (MTL), dijangka bermula tidak lama lagi.