Banjir Sarawak: Jumlah mangsa menurun, Serian kekal 10 PPS

Astro Awani
Januari 17, 2021 09:11 MYT
Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sarawak menurun setakat 8 pagi ini. - Foto Bernama
KUCHING: Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sarawak menurun setakat 8 pagi ini.
Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, seramai 1,870 mangsa melibatkan 504 keluarga masih ditempatkan di 16 PPS.
Malah, Bahagian Kuching menunjukkan penurunan mendadak apabila setakat jam 8 pagi ini hanya 775 mangsa dengan 186 keluarga ditempatkan di lima PPS.
Banjir Sarawak | Dua OKU mengengsot selamatkan diri
"Bagaimanapun Bahagian Serian menunjukkan angka tidak berubah apabila mencatatkan 1,088 mangsa melibatkan 317 keluarga ditempatkan di 10 PPS.
"Manakala Bahagian Miri kekal satu PPS yang menempatkan satu keluarga dan tujuh mangsa," katanya dalam kenyataan pada pagi Ahad.
Keadaan banjir di Sarawak bermula awal minggu ini apabila taburan hujan luar biasa berlaku di beberapa kawasan di negeri itu.
Selain taburan hujang luar biasa, keadaan itu diburukkan lagi dengan kejadian air pasang besar.
#banjir Sarawak #Bahagian Serian #Kuching #Miri #Banjir menurun #Pusat Pemindahan Sementara #PPS #Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri #Sarawak
;