Banjir Sarawak: Bau, Bintulu, Marudi dan Miri antara yang terjejas

Astro Awani
Disember 30, 2013 14:57 MYT
--foto Twitter @bombaJBPM
Sehingga pukul 5 petang Isnin, seramai 314 mangsa banjir di tempatkan di empat pusat pemindahan sementara melibatkan Bau, Bintulu, Marudi dan Miri.
Jumlah tersebut melibatkan 65 buah keluarga keseluruhan dan tiada angka korban dicatatkan setakat ini.
Kawasan terlibat mula dinaiki air antara 0.5 meter dan satu meter sejak petang Ahad selepas hujan lebat berterusan.
Dalam pada itu, perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berharap semua mangsa banjir di negeri bumi kenyalang itu tabah dalam menghadapi ujian bencana alam tersebut.
Najib dalam laman Twitternya berdoa agar Allah memudahkan dan meringankan beban mangsa yang terlibat dalam bencana banjir itu.

Saya berdoa agar Allah memudahkan dan meringankan beban mangsa-mangsa yang terlibat dlm bencana banjir di Bintulu, Miri serta kawasan2 lain.

— Mohd Najib Tun Razak (@NajibRazak) December 30, 2013
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Sementara itu beberapa kawasan di negeri Sarawak terputus hubungan jalan raya ekoran kejadian tanah runtuh yang disebabkan hujan yang turun tanpa henti dan lebat sejak beberapa hari yang lalu.
Keadaan menyebabkan beberapa sungai di negeri itu turut meningkat paras air yang telah menyebabkan beberapa kawasan
Timbalan Ketua Menteri yang juga Pengerusi Bencana negeri Tan Sri Alfred Jabu Anak Numpang, kejadian berkenaan telah menjejaskan beberapa laluan jalan raya perhubungan darat di antara daerah-daerah kecil di Bakong dan bandaraya Miri.
Selain itu juga, ianya turut menjejaskan beberapa kawasan di Mukah.
Kerja-kerja memulihkan jalan-jalan yang terjejas sedang giat dijalankan oleh pihak Jabatan Kerja Raya.
#banjir Sarawak #mangsa banjir #Najib Tun Razak #pusat pemindahan #terputus hubungan