Banjir Sarawak: 956 mangsa dipindahkan ke 16 PPS
Nazrin Hamdan
Februari 4, 2021 06:59 MYT
Februari 4, 2021 06:59 MYT
KUCHING: Banjir di Sarawak terus memburuk pada Jumaat, dengan 16 pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di seluruh negeri sebelum jam 12.00 tengah malam, berikutan hujan yang turun tanpa henti.
Menurut Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri, empat daerah merekodkan keadaan banjir, melibatkan 313 keluarga dan 956 mangsa.
Daerah Serian menjadi kawasan yang paling teruk dilanda musibah ini, dengan 11 PPS terpaksa dibuka, bagi menempatkan 229 keluarga dan 693 mangsa.
Ini diikuti Daerah Simunjan, yang membuka empat PPS bagi menempatkan 72 keluarga dan 217 mangsa.
Daerah Samarahan membuka dua PPS iaitu di Dewan Suarah Kota Samarahan dan Dewan Serbaguna Kampung Bangka Semong yang dihuni 10 keluarga dan 38 mangsa.
Sementara itu satu PPS dibuka di Pusat Sukan Tatau di daerah Tatau bagi menempatkan dua keluarga dan lapan mangsa.
Di beberapa kawasan lain, seperti Kapit dan Matu, turut berhadapan fenomena yang sama, namun PPS hanya dibuka beberapa jam sahaja, sebagai langkah persediaan.
Fenomena ini dijangka berterusan sehingga selepas sambutan Tahun Baharu Cina, akibat monsun timur laut yang membawa taburan hujan yang tinggi serta air pasang besar.
#banjir
#pusat pemindahan
#mati lemas
#mangsa banjir
#PPS
#Sarawak
#Samarahan
#Simunjan
#monsun timur laut
#hujan
#air pasang besar
#Serian
#Tatau