Banjir Sabah: Jumlah mangsa meningkat kepada 262 orang
Bernama
Februari 27, 2025 10:40 MYT
Februari 27, 2025 10:40 MYT
Di daerah Paitan, seramai 11 keluarga daripada lima keluarga dipindahkan ke dua PPS setakat jam 8 pagi ini. - Gambar hiasan/Astro AWANI
KOTA KINABALU: Jumlah mangsa banjir meningkat kepada 262 orang daripada 81 keluarga setakat 8 pagi ini berbanding 87 daripada 23 keluarga pada 8 malam tadi.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah dalam kenyataan memaklumkan seramai 251 orang daripada 76 keluarga dipindahkan ke empat pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah Telupid.
Sementara itu, seramai 11 keluarga daripada lima keluarga dipindahkan ke dua PPS di daerah Paitan.
"Trend pemindahan mangsa di Paitan meningkat pada pagi ini manakala di Telupid kekal," menurut kenyataan itu hari ini.
Daerah Telupid dan Paitan terletak di kawasan pedalaman Sabah yang masing-masing lebih 200 kilometer dan lebih 230 kilometer arah timur dari Kota Kinabalu.
-- BERNAMA