Banjir Sabah: Bilangan mangsa di PPS semakin menurun

Eleanor Michelle Patrick
Januari 21, 2021 06:40 MYT
Trend pemindahan mangsa banjir ke PPS yang terbabit dilihat semakin menurun sehingga malam tadi. - Gambar fail
KOTA KINABALU: Jumlah mangsa banjir di Sabah semakin menurun dengan seramai 393 orang direkodkan setakat malam tadi.
Menurut jurucakap Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sabah, jumlah pusat pemindahan sementara (PPS) yang beroperasi juga masih kekal enam, membabitkan empat daerah.
"Empat daerah masih terjejas iaitu melibatkan Beaufort, Kota Belud, Papar dan Tenom.
"Seramai 393 mangsa banjir masih ditempatkan di enam PPS yang beroperasi di empat daerah berkenaan," katanya.
Jelas jurucakap APM Sabah itu lagi, trend pemindahan mangsa banjir ke PPS yang terbabit dilihat semakin menurun setakat malam tadi.
#banjir sabah #trend #pemindahan #mangsa #PPS #berkurangan #makin pulih
;