Banjir ragut mangsa pertama di Kelantan

Astro Awani
Disember 18, 2014 22:00 MYT
Anggota Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) memindahkan penduduk Kampung Mulong selepas kawasan itu dilanda banjir di sini, malam tadi. Keadaan banjir di Kelantan bertambah buruk apabila jumlah mangsa yang dipindahkan meningkat. Foto BERNAMA
Seorang pemuda penghidap penyakit sawan menjadi korban pertama banjir di Kelantan.
Manakala seorang bayi perempuan berusia setahun lapan bulan dikhuatiri mati lemas dalam dua kejadian berasingan di Kampung Pertang, Kuala Krai dan Kampung Lepa Limbat di Kota Bharu.
Mangsa, Baharum Mohamad, seorang pekerja kedai santan dipercayai lemas selepas diserang penyakit sawan.
Mayatnya ditemui di kawasan yang digenangi air akibat hujan lebat, berhampiran Sekolah Kebangsaan Long Ghafar, Kubang Kerian kira-kira pukul 11 pagi.
Sementara itu, dalam kes kedua, seorang bayi perempuan, Nor Adriana Adila Asrol Afendi dihanyutkan arus deras banjir selepas terjatuh daripada dukungan ibunya.
Mangsa dikatakan terlepas daripada dukungan ibunya yang ketika itu turut membawa tiga lagi anaknya mengharungi banjir ke pusat pemindahan berhampiran.
#Baharum Mohamad #Nor Adriana Adila Asrol Afendi
;