Banjir pulih: Kelantan tutup semua PPS

Sinar Harian
Januari 2, 2022 18:39 MYT
Orang ramai melihat keadaan paras air Sungai Kelantan berhampiran Tambatan Diraja. - Gambar fail/Foto BERNAMA
KOTA BHARU: Kesemua pusat pemindahan sementara (PPS) di negeri ini yang menempatkan mangsa banjir ditutup sepenuhnya pada Ahad.
Perkara itu dimaklumkan menerusi aplikasi InfoBencanaJKM.
Penutupan PPS itu susulan air yang melimpah masuk ke kawasan rumah penduduk sebelum ini sudah kering sepenuhnya walaupun cuaca masih lagi mendung dan berangin.
Pada pagi Ahad masih terdapat lima pusat pemindahan sementara PPS menempatkan mangsa terjejas iaitu seramai 308 orang di dua jajahan iaitu Jeli dan Kuala Krai.
Sementara itu laman sesawang publicinfobanjir.water.gov.my melaporkan tiga sungai di negeri ini masih berada pada paras amaran iaitu Sungai Kuala Krai Sungai Kusial, Tanah Merah dan Sungai Golok di Rantau Panjang.
Sungai Galas di Limau Kasturi, Gua Musang; Sungai Galas di Dabong Kuala Krai, Sungai Lebir di Kampung Karangan, Kuala Krai dan Jeti Kastam di Kota Bharu kekal di paras waspada.
ARTIKEL ASAL DISIARKAN DI SINAR HARIAN
#banjir kelantan #jeli #Kuala Kerai #pusat pemindahan
;