Banjir: PPS di Perak ditutup sepenuhnya

Bernama
November 17, 2024 13:15 MYT
PPS yang beroperasi di Dewan Serbaguna Kampung Klah Baru dekat Sungkai di daerah Batang Padang ditutup 10 pagi ini. - Gambar hiasan
IPOH: Pusat pemindahan sementara (PPS) yang beroperasi di Dewan Serbaguna Kampung Klah Baru dekat Sungkai di daerah Batang Padang ditutup 10 pagi ini.
Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Batang Padang Ahmad Redhauddin Ahmad Shokori berkata kesemua enam mangsa daripada sebuah keluarga dibenarkan pulang setelah banjir surut.
"Setelah membuat pemantauan bersama agensi penyelamat serta Pejabat Penghulu Mukim Sungkai mendapati keadaan ketika ini telah selamat daripada bencana banjir.
"Semua mangsa sudah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing," katanya dalam kenyataan hari ini.
PPS berkenaan dibuka sejak 12 tengah malam tadi berikutan Kampung Klah Baru dilanda banjir.
-- BERNAMA
#banjir Perak #PPS #Kampung Klah Baru #banjir pulih
;