Banjir: Perlis dan Pulau pinang diminta tingkat siap siaga
Kenyataan Media
Disember 2, 2017 17:33 MYT
Disember 2, 2017 17:33 MYT
Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC) menyarankan Pusat Kawalan Operasi Bencana Negeri Perlis untuk mengambil langkah siap siaga selaras dengan laporan paras air di Empangan Timah Tasuh yang melepasi bacaan paras bahaya.
Dalam satu kenyataan, pusat itu turut memaklumkan Perlis diramal dilanda hujan bermula petang ini dan berlarutan sehingga esok.
Keadaan itu juga diburukkan dengan ramalan paras air laut pada awal pagi esok.
Sementara itu, pihak berkuasa di Pulau Pinang diminta melaksanakan tindakan pemantauan di kawasan Sungai Ara mulai petang ini memandangkan paras sungai dijangka meningkat
Pusat Kawalan Operasi Bencana Daerah juga disarankan bersiap siaga sebagai langkah persediaan awal.
Kenyataan itu juga menyebut keadaan banjir di Terengganu dan Kelantan beransur pulih.
Namun kawasan berhampiran hilir Sungai Golok dijangka kekal digenangi bah susulan hujan sederhana diramal berlaku pada malam ini sehingga esok.
#Ayam
#bah
#banjir
#bomba
#Kelantan
#NADMA
#NDCC
#Perlis
#pulau pinang
#pusat pemindahan banjir
#sardin
#sekolah
#Shahidan Kassim
#siapsiaga
#terengganu