SANDAKAN: Penduduk di Kampung Sungai Manjang, kira-kira 60 kilometer dari sini, amat memerlukan sebuah balai raya yang boleh berfungsi sebagai pusat pemindahan sementara (PPS) setiap kali berlaku banjir di kawasan itu pada musim monsun timur laut.
Ahli Parlimen Libaran Datuk Zakaria Mohd Edris berkata ketua kampung dan pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung boleh berbincang dengan Majlis Perbandaran Sandakan untuk mendapatkan tapak yang sesuai bagi pembinaan balai raya itu.
"Buat masa ini, Masjid Nur Iman di kampung itu menjadi PPS bagi penduduk terjejas namun sekiranya masjid berkenaan tidak mampu menampung lebih ramai mangsa jika cuaca semakin buruk, Pejabat Pertanian Manjang boleh membantu menempatkan mangsa terbabit," katanya kepada pemberita selepas melawat Kampung Sungai Manjang pada Ahad.
Beliau berkata kampung itu mempunyai 620 penduduk dan 145 orang daripadanya terjejas akibat banjir sejak semalam.
Setakat ini, kira-kira 60 orang telah dipindahkan ke Masjid Nur Iman manakala usaha menyelamatkan mangsa lain yang masih terperangkap sedang dijalankan.
BACA: Sandakan daerah terbaru terjejas banjir di Sabah
Zakaria berharap mangsa yang terperangkap mematuhi arahan untuk berpindah apabila pasukan penyelamat datang ke rumah mereka.
"Alhamdulillah, kita gunakan bot dan telah beri bantuan termasuk makanan dalam bentuk bermasak dan boleh dimasak sendiri," katanya.
Seorang mangsa, Sarina Mijar, 60, pula berkata dia dan suaminya Apong Atang, 70, terperangkap apabila rumah mereka dinaiki air sejak Sabtu dan bersyukur kerana diselamatkan semalam.
Warga emas itu berkata dia diselamatkan oleh penduduk kampung yang datang dengan bot sendiri manakala suaminya diselamatkan oleh anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jan 02 2022

Keadaan Kampung Sungai Manjang yang ditenggelami air banjir, Sandakan, 2 Jan 2022. --fotoBERNAMA
[TERKINI] 'Gummy' dilarang jual, tidak patuh pelabelan
Produk gummy berbentuk mata yang dipercayai menjadi punca kematian kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun di Pulau Pinang dilarang dijual di mana-mana platform termasuk dalam talian dan pasaran domestik.

Pengurusan masjid, surau perlu tingkatkan kawalan keselamatan - Mohd Na'im
Insiden kanak-kanak dipercayai dicabul ketika berada di dalam sebuah masjid di Selangor adalah satu perkara yang perlu diambil iktibar.
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.
MARA sasar RM50 juta kutipan wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.

Situasi banjir di Negeri Sembilan, Pahang tidak berubah pagi ini
Di Negeri Sembilan, jumlah mangsa banjir di Jelebu kekal 84 orang daripada 27 keluarga yang ditempatkan di PPS Dewan D'Sury.

Sungai di Pahang semakin cetek, perlu dalamkan tangani banjir - Al-Sultan Abdullah
Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah hari ini menitahkan pihak berkaitan supaya mendalam dan melebarkan sungai di negeri ini bagi menampung peningkatan taburan hujan.

Mangsa banjir di Pahang meningkat, Negeri Sembilan menurun pagi ini
Di Pahang, mangsa banjir terus meningkat kepada 178 orang daripada 54 keluarga berbanding 121 orang daripada 33 keluarga malam tadi.

PPS dibuka di Bentong tempatkan 111 mangsa banjir
Hujan lebat berterusan sejak semalam mengakibatkan kawasan Karak, Bentong dilanda banjir dengan sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka bagi menempatkan mangsa yang terjejas hari ini.

Banjir: 54 orang masih terjejas di Sabah
Mangsa banjir di Sabah berkurangan kepada 54 orang daripada 13 keluarga setakat 8 malam ini, berbanding 83 orang daripada 21 keluarga pada 8 pagi tadi.

Situasi banjir di Sabah, Sarawak tidak berubah pagi ini
Mangsa banjir di Kinabatangan kekal 107 orang daripada 29 keluarga sejak 8 malam tadi, manakala di Miri, 202 orang masih berlindung di dua PPS.

Banjir Sabah, Sarawak beransur pulih
Situasi banjir di Sabah dan Sarawak beransur pulih dengan 309 mangsa masih berlindung di tiga pusat pemindahan sementara (PPS) di kedua-dua negeri setakat 8 malam ini berbanding 374 petang tadi.

1,086 mangsa banjir di Sarawak, Sabah masih berlindung di PPS
Seramai 1,086 mangsa banjir di Sarawak dan Sabah masih berlindung di 11 PPS di kedua-dua negeri setakat 8 pagi ini.

Mangsa banjir di Sabah meningkat, Sarawak berkurangan pagi ini
Jumlah mangsa banjir di Sabah terus meningkat manakala di Sarawak mencatatkan penurunan pagi ini.

Mangsa banjir di Sabah meningkat, Sarawak menurun
Jumlah mangsa banjir di Sabah yang ditempatkan di PPS terus meningkat manakala Sarawak mencatatkan penurunan setakat pagi ini.