Banjir: Pekan Kajang dinaiki air, Sungai Langat cecah paras bahaya

Astro Awani
Disember 27, 2021 10:40 MYT
Menurut laman web Public InfoBanjir, paras air Sungai Langat di Kajang telah melepasi paras bahaya dengan trend aliran air terus meningkat. - Gambar/ Twitter @neejiy
KUALA LUMPUR: Kawasan Pekan Kajang, dilapor dilanda banjir kilat akibat hujan lebat yang berlaku lebih sejam, petang ini.
Menurut laman web Public InfoBanjir, setakat jam 6.45 petang, paras air Sungai Langat di Kajang berada pada amaran tahap buruk (jingga) selepas hujan lebat dilaporkan telah berhenti ketika ini.
[LAPOR LANGSUNG] Banjir: Jumlah mangsa di lima negeri menurun
Selain itu, Sungai Langat di Taman West Country Kajang yang berdekatan Bandar Baru Bangi juga kini dikategorikan sebagai zon jingga susulan hujan lebat yang berlaku pada petang tadi.
Dalam perkembangan sama, Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor melaporkan, keadaan banjir di kawasan perumahan di Jalan Semenyih, Kajang dipercayai berpunca daripada saliran air tersumbat.
[TERKINI] Kawasan pekan Kajang dinaiki air
Namun, setakat ini keadaan masih terkawal dan air mulai surut bagi kawasan-kawasan yang terjejas.
Sebelum ini, media sosial tular dengan satu rakaman video yang menunjukkan limpahan air sudah naik di laluan Kajang menuju ke Semenyih, Selangor.
Pekan Kajang dinaiki air, Sungai Langat cecah paras bahaya petang tadi
#Kajang #Semenyih #banjir #media sosial