Banjir Pahang: 5,015 dipindahkan ke 28 PPS di Kuantan, Pekan

Azee Shafy
Februari 7, 2023 04:50 MYT
Keadaan banjir di Pahang yang semakin buruk memaksa pembukaan 24 PPS di daerah Kuantan yang menempatkan 4,908 mangsa dengan empat lagi PPS dibuka di daerah Pekan bagi menempatkan 107 mangsa. -JBPM
KUANTAN: Bilangan mangsa banjir yang dipindahkan di negeri ini meningkat kepada 5,015 orang daripada 1,487 keluarga yang ditempatkan di 28 pusat pemindahan sementara (PPS) di dua daerah sehingga pukul 10 pagi ini.
Pada jam 12 tengah malam Isnin, hanya 21 PPS dibuka di daerah Kuantan dan Pekan, iaitu seramai 3,997 orang daripada 1,166 keluarga.
Portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) memaklumkan kesemua mangsa terdiri daripada 1,550 lelaki, 1,478 wanita, 1,776 kanak-kanak, 219 bayi, 292 warga emas, dan 89 OKU.
Lapor portal berkenaan, sebanyak 24 PPS dibuka di daerah Kuantan yang menempatkan 4,908 mangsa manakala empat PPS dibuka di daerah Pekan yang menempatkan 107 mangsa.
"Sebanyak tujuh PPS dibuka di daerah Kuantan hari ini iaitu PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Belukar yang menempatkan 247 mangsa, SK Pelindung (52 mangsa), SK Batu 3 (135 mangsa), SK Bunut Rendang (133 mangsa), SK Mat Kilau (100 mangsa), Dewan Mat Kilau (106 mangsa), dan Sekolah Agama Rakyat (SAR) Kafa Ubudiah Al Jariah Taman Guru seramai 247 mangsa," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.
Di Kuantan, PPS Dewan Orang Ramai Kampung Seri Mahkota menempatkan 266 mangsa, Dewan Orang Ramai Sri Damai (150 mangsa), Dewan Dato Manan (406 mangsa), PPS Dewan Serbaguna Jaya Gading (217 mangsa), dan Wisma Belia (355 mangsa).
Selain itu, 224 mangsa banjir berlindung di PPS Dewan Orang Ramai Kampung Pandan 1, Sekolah Kebangsaan (SK) Fakeh Abdul Samad (430 mangsa), Dewan Taman Tas (298 mangsa), SK Wira (197 mangsa), dan Dewan Wawasan JPS Kemunting (151 mangsa).
PPS SK Pandan menempatkan 379 mangsa, Balai Raya Kampung Pahang (30 mangsa), SK Kempadang (132 mangsa), Kolej Kemahiran Tinggi Mara (394 mangsa), SAR KAFA Jaya Gading (217 mangsa), Dewan Melati Penjara Penor (62 mangsa), dan Balai Raya Kampung Sungai Soi (lapan mangsa).
"Manakala di Pekan pula, PPS Seri Terentang menempatkan 10 mangsa, SK Tanah Putih (15 mangsa), Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Peramu Jaya (70 mangsa), dan SK Sri Maulana (12 mangsa," katanya.
#banjir #Jabatan Kebajikan Masyarakat #mangsa banjir #pusat pemindahan