Banjir P.Pinang: Dua lagi mayat mangsa banjir ditemukan

Bernama
November 6, 2017 00:10 MYT
Mayat dua lelaki ditemukan menjadikan keseluruhannya tujuh individu terkorban akibat banjir di Pulau Pinang.
Mayat dua lagi lelaki dipercayai mangsa banjir di Pulau Pinang ditemukan semalam menjadikan keseluruhannya tujuh individu terkorban akibat bencana alam itu setakat ini, kata Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Anuar Omar.
Beliau berkata mayat seorang daripada lelaki itu dikenali sebagai Tan Ah Peow, 45, ditemukan oleh jirannya pada pukul 2 petang di dalam rumahnya yang dipenuhi air banjir di Jalan Mata Kucing, Air Itam.
"Mayat ketujuh ditemukan pada kira-kira 2.40 petang oleh orang awam tersangkut di pintu jualan tiket Stadium Bandaraya di sini dan identitinya belum diketahui dan polis meminta orang ramai yang kehilangan anggota keluarga untuk tampil membuat pengecaman," katanya di sini, malam tadi.
BACA: Hujan berterusan dan angin kencang dijangka melanda enam negeri
BACA: Banjir P. Pinang: Soal kemanusiaan, tanggungjawab kerajaan pusat - PM Najib
BACA: Cuaca buruk, banjir kilat ragut 3 nyawa di Pulau Pinang
BACA: Banjir Pulau Pinang: 'Ya Allah, selamatkan kami' - Netizen
BACA: Banjir P.Pinang: ATM atur gerak kerja seawal 5 pagi - Hishammuddin
Beliau berkata mayat kedua-dua lelaki itu dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat.
Terdahulu, dua lelaki dan dua wanita warga emas ditemukan mati lemas dalam rumah masing-masing pada Ahad selepas dipercayai gagal menyelamatkan diri ketika berlaku banjir di kediaman mereka manakala seorang warga Bangladesh maut dihempap pokok yang tumbang di rumahnya berikutan angin kencang.
Hampir keseluruhan kawasan Pulau Pinang dilanda banjir kilat setinggi 0.2 meter hingga 1 meter dan puluhan pokok tumbang selepas hujan lebat serta angin kuat sejak 2 petang semalam dan paras air sungai yang tinggi bertembung dengan kejadian air pasang di laut menyebabkan limpahan air.
-- BERNAMA
#Anuar Omar #Banjir Pulau Pinang #Hospital Pulau Pinang #Jalan Mata Kucing Air Itam #Ketua Polis Daerah Timur Laut #mayat #pulau pinang #Tan Ah Peow