Banjir P.Pinang: ATM atur gerak kerja seawal 5 pagi - Hishammuddin

Harits Asyraf Hasnan
November 5, 2017 16:45 MYT
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata ia melibatkan Divisyen Kedua Infantri Malaysia termasuk aset seperti trak Tatra seberat enam tan, trak seberat tiga tan, pacuan empat roda dan bot. - Twitter @ArmyPtd
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah mengatur gerak kerja dan menghantar 200 pegawai dan anggota lain-lain pangkat untuk membantu mangsa banjir di Pulau Pinang, awal pagi ini.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata ia melibatkan Divisyen Kedua Infantri Malaysia termasuk aset seperti trak Tatra seberat enam tan, trak seberat tiga tan, pacuan empat roda dan bot.
Tegas Hishammuddin, dalam aspek memberi bantuan, ATM sentiasa bersedia menghulurkan bantuan tanpa mengira fahaman politik.
“Kita tidak mengira mana-mana negeri, semua kita akan bantu. Aturan gerak kerja telah disusun bermula dengan kumpulan-kumpulan tentera darat yang telah pun turun ke Pulau Pinang seawal pukul 5 dan 6 pagi ini.
“Jadi, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng jangan bimbang, seperti yang kita lakukan pada Terengganu dan Kelantan ketika banjir besar dahulu, kita juga serius untuk membantu mereka di Pulau Pinang.
“Ini adalah prosedur operasi standard (SOP) ATM dan sebagai Menteri Pertahanan, saya bukan hanya bangga tapi yakin dalam hal begini anggota dan pegawai saya tidak melihat kepada politik.
"Mereka tidak tunggu arahan daripada saya, sebaliknya mereka mengetahui tanggungjawab masing-masing,” katanya selepas mengiringi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meninjau persiapan Hospital Medan di Hospital Tentera Tuanku Mizan di sini hari ini.

TD gerakkn 9 pgwai & 161 angota dr pasukan KTJ 2 Div utk beri bantuan kpd mgsa2 banjir di Penang. Tentera & rakyat b'pisah tiada pic.twitter.com/wlw3HGkbhN

— Chief of Army-PTD (@ArmyPtd) November 5, 2017
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Sementara itu, Panglima ATM, Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor berkata pihaknya akan memberi fokus kepada krisis semasa banjir dan pasca banjir.
"Kita melihat dua perkara iaitu bantuan untuk tindakan semasa banjir dan kedua untuk pasca itu nanti.
"Pasca (menjadi fokus) kerana itu yang diinginkan oleh Menteri Pertahanan di mana beliau sentiasa menegaskan, bukan sahaja banjir tetapi juga pasca banjir," katanya.

Stkt ini kira² 200 peg dan aggta bsrta aset trak 6 tab TATRA, trak 3 tan, land rover & bot dr 2 Div sdh brda di lokasi @MarkasATM pic.twitter.com/4RAjTFyzDy

— MyCDF-PAT (@AffandiMyCDF) November 5, 2017
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Angkatan Tentera Malaysia #banjir #Hishammuddin Hussein #Ketua Menteri #Lim Guan Eng #mangsa banjir #Najib Razak #operasi #politik
;