Banjir: Operasi tren Pantai Timur KTMB dibatalkan
Bernama
Januari 6, 2021 05:03 MYT
Januari 6, 2021 05:03 MYT
KUALA LUMPUR: Perkhidmatan KTM Intercity untuk perjalanan ke Pantai Timur membabitkan tren Ekspres Timuran No. 26 dan No. 27 bagi laluan Johor Bahru Sentral-Tumpat dan sebaliknya, serta tren Shuttle Timuran, dibatalkan mulai malam tadi.
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dalam kenyataan semalam memaklumkan, pembatalan perjalanan itu dibuat susulan landasan antara Kuala Krai dan Bukit Abu, Kelantan ditenggelami banjir.
"Pihak KTMB terpaksa membatalkan perkhidmatan tren demi keselamatan penumpang dan akan memaklumkan perkembangan terkini dari semasa ke semasa," menurut kenyataan itu.
Bagaimanapun, penumpang yang terjejas dengan perkhidmatan itu boleh menukar tarikh perjalanan atau mendapatkan pemulangan tambang penuh, mengikut terma dan syarat.
Sebarang maklumat terkini boleh didapati di saluran media baharu KTMB atau menghubungi Pusat Panggilan KTMB di 03-22671200.
-- BERNAMA
#KTMB
#Shuttle Timuran
#Pantai Timur
#Kuala Krai
#Bukit Abu
#banjir
#keselamatan
#KTM Intercity
#perjalanan
#tiket
#tren
#kereta api
#banjir kelantan