Banjir: Operasi ICQS Rantau Panjang ditutup sementara

Bernama
Disember 26, 2023 19:58 MYT
Foto kejadian banjir tahun 2017. Masalah banjir di Rantau Panjang terjadi hampir setiap tahun khususnya pada musin Monsun Timur Laut. - Gambar fail
KOTA BHARU: Operasi Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Rantau Panjang di Pasir Mas ditutup sementara berkuat kuasa hari ini hingga diberitahu kelak.
Jurucakap Bahagian Perancangan Strategik dan Khidmat Korporat Jabatan Imigresen Kelantan berkata penutupan operasi itu dibuat susulan kawasan di sekitar kompleks itu terkesan banjir.
"Kompleks ICQS tidak terjejas banjir tetapi kawasan sekitar Rantau Panjang yang terkesan banjir hingga menyebabkan orang ramai sukar datang ke lokasi ini.
"Justeru, keputuan telah diambil supaya operasi ditutup buat sementara hingga diberitahu kelak," katanya ketika dihubungi hari ini.
-- BERNAMA
#operasi ICQS #Rantau Panjang #ICQS ditutup #banjir #keselamatan
;