RAUB:"Wan tak fikir apa, kalau Wan mati hari ini, harap yang baiklah untuk Wan".
Itu luahan Razmah Sarip yang terpaksa berpaut di atas sebatang pokok manggis lebih 18 jam bersama anak perempuannya selepas rumah mereka berhampiran Sungai Kerak, Kuala Gali, di sini, dinaiki air banjir melepasi bumbung rumahnya.
Menceritakan detik cemas berkenaan, warga emas berusia 74 tahun itu yang mesra disapa 'Wan' berkata banjir naik secara mendadak dan deras hingga mengakibatkan beberapa struktur rumahnya runtuh.
"Air naik sekitar 1.30 tengah hari Ahad lepas. Kebiasaannya selepas beberapa jam ia akan surut, tetapi kali ini lain, makin lama makin tinggi. Hingga air sampai paras dada, anak bawa Wan keluar, kebetulan kami jumpa pelampung kecil yang hanyut di depan rumah... kami berpaut pelampung sebelum naik ke atas pokok manggis berhampiran.
"Wan terpaksa menahan lapar dan sejuk sepanjang malam, nasib baik anggota keselamatan jumpa kami atas pokok kira-kira jam 5 pagi," katanya sebak ketika ditemui Bernama di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan Muhammad Jabar di sini, hari ini.
Anaknya, Rosmawati Rasman, 44, berkata rumah yang mereka diami antara empat rumah yang terletak berdekatan dengan Sungai Kerak dan kesemuanya ditenggelami air sehingga ada antaranya musnah akibat banjir.
"Rumah kami musnah dan selepas ini perlu mulakan hidup baharu. Sudah tentu sukar kerana saya hanya bekerja sebagai pembantu kedai makan dan suami bekerja sebagai penoreh getah.
"Sementara ini kami sekeluarga tinggal di PPS dan apabila keadaan semakin reda, kami mungkin dapatkan bantuan ahli keluarga lain atau mereka yang terbabit bagi mendapatkan rumah (membina kembali rumah) untuk berlindung," katanya.
Selain Razmah dan anaknya, terdapat empat lagi mangsa banjir yang juga terpaksa berlindung di atas pokok sebelum pasukan keselamatan tiba memberi bantuan.
Turut berkongsi detik cemas dilanda banjir, Mohd Azlan Syah Jaamat, 47, dari Kampung Gali Tengah, yang bagi beliau banjir kali ini satu kejutan bagi penduduk di kampung itu.
Beliau yang kini berlindung di PPS Pusat Kegiatan Kemas Daerah Raub, berkata banjir di kawasan itu adalah yang terburuk sejak 20 tahun lepas.
Katanya, dalam hanya tempoh kurang 30 minit, air dari sungai berdekatan melimpah dan air naik sehingga paras pinggang.
"Tak sempat nak selamatkan apa-apa, sehelai sepinggang. Berpuluh tahun duduk sini, ini banjir terburuk...kawasan kami tak pernah naik air," katanya.
Mangsa yang ditemui turut memuji tindakan pantas dan proaktif agensi terlibat dalam memastikan kebajikan dan kesihatan penghuni di PPS.
Setakat jam 2 petang ini, Pahang mencatatkan jumlah mangsa banjir seramai 23,105 orang daripada 6,267 keluarga di 278 PPS.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 07 2021
Selain Razmah (dua dari kanan) dan anaknya, terdapat empat lagi mangsa banjir yang juga terpaksa berlindung di atas pokok. - Bernama
Biden, Macron dijangka umum gencatan senjata Israel-Hezbollah
Rundingan semakin hampir dimuktamadkan tetapi belum selesai sepenuhnya.
Kim Swee jurulatih baharu kelab Indonesia, Persis Solo
Datuk Ong Kim Swee sah dilantik sebagai ketua jurulatih baharu sebuah kelab bola sepak dalam Liga Indonesia, Persis Solo.
Suspek bunuh, sumbat ibu dalam peti sejuk didakwa hari ini
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, pertuduhan itu dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
WHO kecam serangan hospital di utara Gaza
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengecam serangan berterusan rejim Zionis ke atas Hospital Kamal Adwan di Utara Gaza.
Perkara itu disampaikan Ketua Pengarahnya, Tedros Adhanom Ghebreyesus menerusi sebuah ciapan di X.
Serangan Israel di beirut tengah ragut 29 nyawa
Kawasan padat penduduk di tengah Beirut, musnah akibat serangan udara Israel pada Sabtu lalu, mengorbankan sekurang-kurangnya 29 orang, termasuk kanak-kanak.
Serangan ini menjadi yang paling dahsyat di Beirut dalam setahun terakhir.
Serangan ini menjadi yang paling dahsyat di Beirut dalam setahun terakhir.
UAE tahan tiga suspek kes bunuh rabai
Ketiga-tiga suspek merupakan warga Uzbekistan berusia 28 hingga 33 tahun.
Gantz desak Netanyahu dedah perjanjian dengan Lubnan
Pemimpin pembangkang Israel Benny Gantz, mendesak Netanyahu mendedahkan butiran perjanjian gencatan senjata yang dilaporkan hampir dimeterai antara Israel dan Lubnan.
Menerusi ciapan di X, Gantz berkata, rakyat Israel berhak tahu butiran yang terkandung dalam perjanjian tersebut.
Menerusi ciapan di X, Gantz berkata, rakyat Israel berhak tahu butiran yang terkandung dalam perjanjian tersebut.
Biden, Macron dijangka umumkan gencatan Israel-Hezbollah
Presiden Amerika Syarikat Joe Biden dan Presiden Perancis Emmanuel Macron dijangka mengumumkan gencatan senjata antara Israel dan Hezbollah dalam tempoh 36 jam, kata empat sumber kanan Lubnan.
Jurucakap keselamatan nasional White House, John Kirby, menyatakan bahawa rundingan semakin hampir dimuktamadkan tetapi belum selesai sepenuhnya.
Jurucakap keselamatan nasional White House, John Kirby, menyatakan bahawa rundingan semakin hampir dimuktamadkan tetapi belum selesai sepenuhnya.
NATO seru perniagaan bersedia untuk senario waktu perang
Pegawai kanan NATO menyeru syarikat perniagaan untuk bersiap sedia menghadapi senario waktu perang dengan menyesuaikan pengeluaran dan pengedaran bagi mengurangkan kerentanan terhadap ugutan dari Rusia dan China.
Pengerusi Jawatankuasa Ketenteraan NATO, Laksamana Rob Bauer dari Belanda, berkata memastikan perkhidmatan dan barangan penting tetap dihantar dalam apa jua keadaan adalah penting dalam usaha pencegahan NATO.
Pengerusi Jawatankuasa Ketenteraan NATO, Laksamana Rob Bauer dari Belanda, berkata memastikan perkhidmatan dan barangan penting tetap dihantar dalam apa jua keadaan adalah penting dalam usaha pencegahan NATO.
Eropah tingkatkan sokongan ketenteraan untuk Ukraine
Negara-negara Eropah akan meningkatkan sokongan ketenteraan kepada Ukraine, menurut Menteri Pertahanan Jerman, Boris Pistorius, selepas mesyuarat bersama rakan sejawatannya dari Britain, Perancis, Itali, dan Poland.
Pistorius menyatakan matlamat utama Eropah ialah memastikan Ukraine dapat bertindak dari kedudukan yang kukuh.
Pistorius menyatakan matlamat utama Eropah ialah memastikan Ukraine dapat bertindak dari kedudukan yang kukuh.
Mangsa banjir meningkat di lima negeri
Jumlah mangsa banjir di seluruh negara mencatatkan peningkatan kepada 191 orang setakat 6 pagi Selasa, berbanding 183 mangsa semalam.
Banjir: Jumlah mangsa di Terengganu berkurang, Johor dan Kelantan tidak berubah
Situasi banjir di Terengganu dilaporkan semakin pulih apabila jumlah mangsa ditempatkan di PPS di negeri itu berkurang manakala jumlah mangsa di Johor dan Kelantan tidak berubah setakat 8 malam ini.
Ribut Bert landa UK, tiga maut
Kesemua mangsa maut dalam insiden jalan raya ketika ribut melanda di Hampshire, Lancashire dan Trefriw, North Wales.
Mangsa banjir di lima negeri menurun
Negeri-negeri yang terjejas ialah Kelantan, Terengganu, Johor, Sarawak dan Selangor.
Banjir: Melaka pulih, Terengganu semakin baik, Johor dan Kelantan tidak banyak perubahan
Situasi banjir di Melaka pulih sepenuhnya manakala jumlah mangsa di Terengganu semakin berkurang sementara Johor dan Kelantan tidak menunjukkan banyak perubahan setakat malam ini.
Mangsa banjir menurun kepada 481 orang di enam negeri pagi ini
Menurut info banjir JKM, antara negeri terjejas adalah Melaka, Terengganu, Kelantan, Sarawak, Johor dan Selangor.
Kawasan sekitar Sungai Golok di Rantau Panjang dijangka dinaiki air - JPS
Banjir yang diramalkan boleh berlaku lebih awal atau lewat dari masa dijangkakan bergantung kepada keadaan hujan yang signifikan di kawasan berkenaan.
Johor negeri terbaru dilanda banjir
Sebuah PPS dibuka di Balai Raya Batu Badak, Segamat, 2 petang tadi, dengan menempatkan 11 orang daripada empat keluarga.
Jumlah mangsa banjir meningkat pagi ini
Di Terengganu, jumlah mangsa banjir di enam daerah meningkat kepada 398 orang berbanding 221 malam tadi, kini berada di 17 PPS.
Situasi banjir di Terengganu, Perak bertambah buruk, Kelantan kembali dilanda
Situasi banjir di Terengganu dan Perak terus mencatatkan peningkatan, manakala Kelantan menjadi negeri terbaharu di landa banjir setakat 8 malam tadi.