Banjir: Mayat mangsa lemas di Beluran ditemui
Radhi Muslim
Januari 5, 2022 11:59 MYT
Januari 5, 2022 11:59 MYT
BELURAN: Mayat mangsa banjir yang telah dihanyutkan oleh arus deras di sebuah ladang berdekatan Kampung Kinadaan, Sugut telah ditemui di Sungai Osum Sugut, lebih kurang 1.8 km daripada tempat mangsa hanyut.
Ketua Polis Daerah Beluran, Superintendan Kasim Muda berkata, mangsa dikenali sebagai Kaerul, 26, tahun yang merupakan pekerja ladang warganegara Filipina
Menurutnya, kira-kira jam 1.20 tengah hari, pada Selasa, mayat mangsa ditemui dalam keadaan tersepit antara kayu dan batu di tebing Sungai Osum Sugut.
"Operasi mencari dan menyelamat (SAR) melibatkan pelbagai agensi sejak lima hari lalu.
"Mayat lelaki itu kemudiannya dihantar ke Hospital Beluran untuk bedah siasat," katanya.
Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan, pada Selasa.
Kasim berkata, pada 31 Disember lalu, mangsa tersebut cuba untuk menyeberang jalan yang telah dinaiki air setinggi hampir 1.5 meter serta berarus deras lalu hilang dibawa arus.
Terdahulu, lelaki berkenaan merupakan salah seorang daripada tiga mangsa yang dilaporkan hilang akibat banjir di Beluran.