KUALA LUMPUR:Jumlah mangsa banjir di Pantai Timur Semenanjung melibatkan Terengganu dan Kelantan semakin meningkat setakat pukul 5 petang ini, dengan beberapa sungai dilaporkan melepasi paras bahaya.
Di TERENGGANU, jumlah mangsa banjir terus meningkat kepada 7,403 orang daripada 1,786 keluarga setakat pukul 4 petang ini, berbanding 6,305 orang daripada 1,663 keluarga pada pukul 8 pagi tadi.
Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Leftenan Kolonel (PA) Che Adam A Rahman berkata, ketika ini terdapat 47 pusat pemindahan sementara (PPS) di empat daerah iaitu 28 di Kemaman, Dungun (15), Hulu Terengganu (tiga) dan Setiu (satu).
"Daerah yang paling teruk terjejas iaitu Kemaman terus merekod pertambahan jumlah mangsa kepada 6,623 orang daripada 1,572 keluarga berbanding 5,108 orang daripada 1,238 keluarga pagi tadi, sementara Dungun pula, jumlah mangsa bertambah kepada 663 orang daripada 186 keluarga berbanding 381 orang daripada 104 keluarga sebelum ini," katanya kepada pemberita.
Bagaimanapun, situasi banjir di Hulu Terengganu bertambah baik, apabila mangsa berkurangan kepada 106 orang daripada 25 keluarga, berbanding 806 orang daripada 318 keluarga pagi tadi, manakala di Setiu jumlah mangsa kekal 11 orang daripada tiga keluarga di satu PPS.
Dalam pada itu, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) melalui portal http://infobanjir.water.gov.my melaporkan, tiga sungai di dua daerah di Terengganu masih melepasi paras bahaya setakat pukul 4 petang ini.
Dua sungai di Kemaman yang terlibat adalah Sungai Tebak dengan paras air di Jambatan Tebak setinggi 18.96 meter (m) melebihi paras bahaya 18.5m dan Sungai Kemaman di Kampung Paman setinggi 5.6m (bahaya 4.5m), sementara di Dungun, Sungai Dungun di Jambatan Jerangau mencatat paras setinggi 13.06m (bahaya 12.5m).
Di KELANTAN, jumlah mangsa banjir semakin meningkat mencecah 1,214 orang daripada 402 keluarga dipindahkan setakat pukul 5 petang ini, berbanding 1,003 orang pada pagi tadi.
Menurut aplikasi Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), penduduk jajahan Pasir Mas kekal terjejas teruk, iaitu seramai 913 orang dipindahkan di 12 PPS sementara di Tanah Merah, seramai 143 mangsa daripada 39 keluarga ditempatkan di lima PPS, manakala di Kuala Krai seramai 153 mangsa daripada 43 keluarga di tempatkan di lima PPS.
PPS di jajahan Gua Musang yang dibuka pada malam tadi yang menempatkan 13 mangsa telah ditutup.
Sementara itu mengikut laporan infobanjir.water.gov.my, tiga sungai di Kelantan mencatatkan bacaan melepasi paras bahaya.
Sungai Lebir Tualang di Kuala Krai merekodkan bacaan 36.95m (bahaya 35m), Sungai Kelantan di Kuala Krai 25.08m (bahaya 25m) dan Sungai Golok di Rantau Panjang 10.42m (bahaya 9m).
Dalam pada itu, empat sungai mencatatkan bacaan melebihi paras amaran iaitu Sungai Galas di Limau Kasturi, Gua Musang 57.93m (amaran 57.50m), Sungai Kelantan di Kusial Tanah Merah 15.93 (amaran 14m), Sungai Golok di Jenob Tanah Merah 23.24m (amaran 22.50m) dan Sungai Golok di Kuala Jambu, Tumpat 2.42m (amaran 2.15m).
Selain itu, tiga sungai mencatatkan bacaan melebihi paras waspada iaitu Sungai Kelantan di Jeti Kastam Kota Bharu 3.79m (waspada 3m), Sungai Galas di Dabong 33.62m (waspada 32.00m) dan Sungai Pergau di Air Bol Jeli 72.86m (waspada 71.30m).
Cuaca di seluruh Kelantan ketika ini masih hujan dengan sesekali lebat.
Sementara itu, Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Pulau Tempurung, Kemaman Terengganu Mohd Azam Ismail berkata keengganan beberapa penduduk terutama warga emas berpindah, menimbulkan kesukaran kepada pasukan penyelamat.
"Pukul 3 pagi tadi MPKK dan polis telah berusaha pujuk sepasang warga emas untuk pindah tapi ada yang degil. Tiba-tiba pukul 12 tengah hari dapat panggilan telefon minta bantuan dari ahli keluarga mereka kerana si isteri yang menghidap kencing manis, telah mengalami simptom hipoglesemia.
"Ada sepasang lagi warga emas pun begitu. Akhirnya minta pertolongan bawa keluar suami yang lumpuh untuk pergi ke rumah anaknya, kerana laluan ke kawasan rumah mereka telah dinaiki air pada tengah hari tadi," katanya.
Beliau berkata antara alasan yang diberikan warga emas terbabit termasuklah haiwan ternakan yang dibela mereka dicuri, jika mereka pindah ke PPS.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Dec 20 2020
Di TERENGGANU, jumlah mangsa banjir terus meningkat kepada 7,403 orang daripada 1,786 keluarga setakat pukul 4 petang ini. -Gambar fail
White House sahkan Biden hadiri pelantikan Trump
White House pada Isnin mengesahkan bahawa Presiden Joe Biden akan menghadiri majlis pelantikan Donald Trump pada 20 Jan.
Sistem kad akses dilaksana di PPR tahun depan -
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata sistem kad akses akan dilaksanakan di PPR mulai tahun depan bagi menangangi masalah pengurusan Program Perumahan Rakyat (PPR).
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Anwar bertemu pemimpin perniagaan terkemuka Korea Selatan hari ini
Perbincangan berkenaan selaras dengan strategi Malaysia untuk mendapatkan pelaburan 'bernilai tinggi, pertumbuhan tinggi' daripada Republik Korea.
NWICE 2024: Transformasi air menuju kemampanan sejagat
Bertemakan “Transformasi Air Menuju Kemampanan Sejagat”, Persidangan & Pameran Inovasi Air Kebangsaan 2024 (NWICE 2024) merupakan kesinambungan daripada pelan hala tuju AIR 2040 yang telah dilancarkan oleh Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air(PETRA) baru-baru ini dalam memastikan pengurusan sumber air yang mampan untuk generasi akan datang.
Hoki dalam dewan adakan aksi persahabatan menjelang Piala Dunia 2025
Skuad hoki dalam dewan negara akan mengadakan beberapa aksi persahabatan sebagai persiapan sebelum ke Piala Dunia.
[TERKINI] Suspek bunuh, simpan mayat ibu dalam peti sejuk beku didakwa
Seorang lelaki dipercayai menumbuk dada ibu kandungnya hingga maut dan menyumbat mayat mangsa dalam peti sejuk beku sejak tiga tahun lalu di rumahnya di Taman OUG, Kuala Lumpur Didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, hari ini.
Faida Rahim ada perinciannya langsung dari Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.
Faida Rahim ada perinciannya langsung dari Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.
Vaksinasi dan pendidikan usaha perangi penyakit anjing gila di Sarawak
Usaha untuk memerangi rabies ini sedang giat diteruskan sejak kemunculannya semula pada tahun 2015.
Lawatan Rasmi PM: Lembaran baharu penerokaan peluang pelaburan
Anwar mengalu-alukan kehadiran lebih 200 peserta yang mewakili 147 syarikat Korea Selatan dari pelbagai sektor, termasuk semikonduktor, kenderaan elektrik, teknologi hijau dan kecerdasan buatan (AI).
AWANI Pagi: Inovasi Selangor Pemacu Modal Insan Berkemahiran
Saksikan wawancara eksklusif #AWANIPagi bersama Mohd Hidayat Mohd Sauffi, Ketua Setiausaha Sulit kepada Menteri Besar Selangor merangkap Ketua Sekretariat Selangor Education Summit 2024, yang akan membincangkan peranan inovasi dan teknologi dalam memacu pembangunan modal insan di Selangor.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi
Wealth-Tech: The evolution of wealth management in Malaysia
Over the past decade, the landscape of wealth management and investing has undergone significant transformation, driven by technological advancements and innovative solutions. From robo-advisers to low-cost investment platforms, Malaysians now have more tools than ever to manage their finances and build wealth.
Mangsa banjir meningkat di lima negeri
Jumlah mangsa banjir di seluruh negara mencatatkan peningkatan kepada 191 orang setakat 6 pagi Selasa, berbanding 183 mangsa semalam.
Banjir: Jumlah mangsa di Terengganu berkurang, Johor dan Kelantan tidak berubah
Situasi banjir di Terengganu dilaporkan semakin pulih apabila jumlah mangsa ditempatkan di PPS di negeri itu berkurang manakala jumlah mangsa di Johor dan Kelantan tidak berubah setakat 8 malam ini.
Ribut Bert landa UK, tiga maut
Kesemua mangsa maut dalam insiden jalan raya ketika ribut melanda di Hampshire, Lancashire dan Trefriw, North Wales.
Mangsa banjir di lima negeri menurun
Negeri-negeri yang terjejas ialah Kelantan, Terengganu, Johor, Sarawak dan Selangor.
Banjir: Melaka pulih, Terengganu semakin baik, Johor dan Kelantan tidak banyak perubahan
Situasi banjir di Melaka pulih sepenuhnya manakala jumlah mangsa di Terengganu semakin berkurang sementara Johor dan Kelantan tidak menunjukkan banyak perubahan setakat malam ini.
Mangsa banjir menurun kepada 481 orang di enam negeri pagi ini
Menurut info banjir JKM, antara negeri terjejas adalah Melaka, Terengganu, Kelantan, Sarawak, Johor dan Selangor.
Kawasan sekitar Sungai Golok di Rantau Panjang dijangka dinaiki air - JPS
Banjir yang diramalkan boleh berlaku lebih awal atau lewat dari masa dijangkakan bergantung kepada keadaan hujan yang signifikan di kawasan berkenaan.
Johor negeri terbaru dilanda banjir
Sebuah PPS dibuka di Balai Raya Batu Badak, Segamat, 2 petang tadi, dengan menempatkan 11 orang daripada empat keluarga.
Jumlah mangsa banjir meningkat pagi ini
Di Terengganu, jumlah mangsa banjir di enam daerah meningkat kepada 398 orang berbanding 221 malam tadi, kini berada di 17 PPS.
Situasi banjir di Terengganu, Perak bertambah buruk, Kelantan kembali dilanda
Situasi banjir di Terengganu dan Perak terus mencatatkan peningkatan, manakala Kelantan menjadi negeri terbaharu di landa banjir setakat 8 malam tadi.