Banjir: Mangsa di Pahang meningkat kepada 30,307 orang setakat 8 pagi ini

Astro Awani
Disember 5, 2013 10:33 MYT
Kampung Bukit Rangin yang tenggelam di paras bumbung. --fotoBERNAMA
Mangsa banjir di Pahang setakat jam 8 pagi tadi mencatatkan jumlah keseluruhan seramai 30,307 orang.
Daerah Kuantan masih mencatatkan jumlah pemindahan mangsa banjir tertinggi iaitu 22, 291 orang yang ditempatkan di 48 pusat pemindahan.
Di Rompin, sejumlah 4,289 mangsa banjir ditempatkan di 15 pusat pemindahan, membabitkan seribu 1,135 buah keluarga.
Manakala di Pekan seramai 3,037 mangsa banjir, masih ditempatkan di 11 pusat pemindahan membabitkan 1,660 buah keluarga.
Sementara itu di Maran mangsa yang terjejas banjir ialah 637 orang yang ditempatkan di enam buah pusat pemindahan membabitkan 1,145 buah keluarga.
Di Jerantut pula, seramai 25 orang mangsa, daripada dua buah keluarga, ditempatkan di dua buah pusat pemindahan.
Sementara itu di Lipis mangsa yang terjejas banjir ialah 21 orang yang ditempatkan di dua buah pusat pemindahan membabitkan 1,004 buah keluarga.
Sementara itu di Temerloh mangsa yang terjejas banjir ialah tujuh orang yang ditempatkan di sebuah pusat pemindahan membabitkan 1,001 buah keluarga.
Jalan-jalan yang ditutup kepada semua jenis kenderaan ialah:
1. KM 28 Kuantan-Sg Lembing
2. KM 36 Jalan Gambang berhampiran Gambang Resort
3. Bt 3 Jalan Gambang (depan Giant)
4. Lampu trafik Bukit Rangin Kuantan
5. Lampu trafik Shah Putra Kuantan
#banjir #Kuantan #Pahang #pusat pemindahan
;