Banjir lumpur: Tiga pelancong hilang masih belum ditemui

Sinar Harian
Disember 20, 2021 06:42 MYT
Tiga pelancong dikhuatiri lemas dalam kejadian tersebut. -Foto Ihsan JBPM
KUANTAN: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) tiga pelancong tempatan yang dilaporkan hilang dalam kejadian banjir lumpur di sebuah chalet di Bentong pada Sabtu akan diteruskan hari ini.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata, sehingga jam 6 petang, kesemua mangsa masih gagal ditemui.
"Operasi menggunakan dua kaedah iaitu pencarian menggunakan unit anjing sejauh 1.5 kilometer dan kawasan mengali (digging) dan menyelamat permukaan (surface rescue).
"Operasi pencarian melibatkan 18 anggota bomba dan dibantu empat anjing pengesan," katanya ketika dihubungi pada Isnin.
Dalam kejadian banjir lumpur yang dilaporkan berlaku pada jam 10.40 malam Sabtu itu, mangsa dipercayai hilang dibawa arus sungai.
Seramai 32 pengunjung chalet berkenaan termasuk lapan kanak-kanak berjaya diselamatkan.
*Berita asal di Sinar Harian
#pelancong hilang
;