Banjir kilat tenggelamkan empat jalan utama di KL

Astro Awani
Mei 12, 2016 21:30 MYT
Jalan terbabit banjir adalah jalan terbabit ialah Jalan Bangsar, Jalan Semantan, Jalan Pantai Baharu dan Jalan Pudu. - Foto Bernama
Hujan lebat yang melanda ibu negara kira-kira 7.30 malam tadi menyebabkan banjir kilat dan sebanyak empat jalan utama terjejas teruk.
Ketua Pusat Pergerakan Operasi Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Samsol Maarif Saibani berkata jalan terbabit ialah Jalan Bangsar, Jalan Semantan, Jalan Pantai Baharu dan Jalan Pudu.
"Hujan lebat yang bermula lewat petang ini menyebabkan jalan itu ditenggelami air sedalam satu meter.
"Pihak bomba telah menempatkan sebanyak 28 anggota dan pegawai bagi menghadapi sebarang kemungkinan," Samsol Maarif dipetik sebagai berkata oleh Bernama.
#banjir #Jalan Bangsar #Jalan Pantai Baharu #Jalan Pudu #Jalan Semantan #Samsol Maarif Saibani
;