Banjir kilat surut, PPS Kampung Cheting di Hulu Terengganu ditutup
Bernama
November 14, 2019 11:45 MYT
November 14, 2019 11:45 MYT
Pusat pemindahan sementara (PPS) di Masjid Kampung Cheting dekat Hulu Terengganu yang menempatkan 33 penduduk terjejas banjir kilat malam tadi ditutup pada 8 pagi ini.
Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JBPN) Terengganu, Leftenan Kolonel Che Adam A Rahman berkata kesemua penduduk terlibat telah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing setelah banjir kilat yang berlaku malam tadi surut dan cuaca bertambah baik pagi ini.
"Bagaimanapun, semua penduduk berkenaan dinasihat agar tetap berwaspada dengan sebarang perubahan cuaca yang berlaku.
"Ketika ini, hujan lebat masih tertumpu di kawasan luar pantai Terengganu namun kami tetap bersedia dan memantau risiko banjir yang berkemungkinan berlaku terutama di kawasan rendah," katanya.
-- BERNAMA
#banjir
#Che Adam A Rahman
#hujan lebat
#Hulu Terengganu
#Kampung Cheting
#masjid
#Pantai
#PPS
#pulang ke rumah
#pusat pemindahan
#risiko banjir
#rumah
#surau
#terengganu
#tutup