Banjir kilat: Penduduk Taman Sri Muda dinasihat letak kenderaan di kawasan tinggi

Rahimah Abdullah
November 8, 2022 20:16 MYT
Jabatan Pengairan dan Saliran setakat jam 6 petang tadi memaklumkan, empat daerah di Selangor dikenal pasti sebagai lokasi berisiko banjir kilat iaitu Gombak, Petaling, Kuala Selangor dan Sepang. - Sumber foto Twitter: Alyaa_Haliqa
SHAH ALAM: Penduduk di Taman Sri Muda, Shah Alam dinasihat meletakkan kenderaan mereka di kawasan tinggi susulan hujan lebat berterusan sejak 4 petang Selasa.
Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dalam satu kenyataan berkata, tempat letak kereta Pasar Moden Seri Muda juga dibuka untuk orang ramai meletakkan kenderaan.
MBSA juga mengingatkan penduduk agar segera menghubungi Pasukan PANTAS di talian 03-5510581 untuk sebarang kecemasan atau bantuan segera.
Jabatan Pengairan dan Saliran setakat jam 6 petang tadi memaklumkan, empat daerah di Selangor dikenal pasti sebagai lokasi berisiko banjir kilat iaitu Gombak, Petaling, Kuala Selangor dan Sepang.
BACA: Beberapa kawasan di Shah Alam dan Lembah Klang dilanda banjir kilat
#taman sri muda #banjir #shah alam #hujan lebat