Banjir kilat Lembah Klang: TNB tutup bekalan elektrik 40 kawasan
Fareez Azman
Mac 7, 2022 18:41 MYT
Mac 7, 2022 18:41 MYT
KUALA LUMPUR: Tenaga Nasional Berhad (TNB) mengumumkan penutupan pencawang di 40 premis dan kawasan di Kuala Lumpur susulan banjir kilat yang berlaku petang Isnin.
Menerusi makluman di laman Facebooknya, TNB menjelaskan tindakan penutupan bekalan elektrik itu terpaksa diambil bagi memastikan keselamatan pengguna.
Jelas TNB, usaha sedang giat dijalankan bagi memastikan bekalan elektrik di kawasan terlibat dapat disalurkan semula secara berperingkat.
Premis dan kawasan terbabit dengan penutupan bekalan elektrik:
1. Royal Cendana
2. Bukit Aman
3. Class G Qrt
4. PDRM Bukit Aman
5. Hospital Tang Lin
6. Car Park Jalan Tanglin
7. Jabatan Kesihatan Daerah WP Kuala Lumpur & Putrajaya
8. Jalan Kebun Bunga
9. Jalan Young Stat
10. Pejabat Perancang Selangor
11. Banyan Tree Signature Jalan Conlay
12. Amphitheater
13. The Royale Chulan Hotel
14. Pangsapuri Sri Jati Jalan Jati
15. Kompleks Budaya Kraf
16. Restoran Sri Melayu
17. Rest Hotel Jalan Jati
18. Kraftangan Jalan Conlay
19. Hotel Westin
20. Lembaga Tabung Angkatan Tentera
21. Menara Worldwide Jln Bkt Bintang
22. Menara Keck Seng
23. Royal Selangor Golf Club
24. RHB
25. Wisma Inai
26. Bintang Goldhill Jalan Tun Razak
27. The Forum
28. Jalan Bukit Bintang
29. Bukit Bintang
30. Ritz Carlton Hotel
31. Istana Johor Persiaran Stonor
32. The Pearl Jalan Stonor
33. Dua Residency Jalan Tun Razak
34. Conlay Court
35. The Ascott Jalan Pinang
36. Menara BIMB Jalan Perak
37. Suria Stonor
38. Mni Tower
39. Hotel Impiana KLCC Jalan Pinang
40. Lot 170 J Perak