KUALA LUMPUR: Terowong SMART ditutup sepenuhnya bagi persediaan operasi susulan banjir kilat yang melanda Lembah Klang pada petang Isnin. 

Penutupan itu, menurut Pusat Kawalan Syarikat Mengurus Air Banjir dan Terowong (SMART) Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dilaksanakan sekitar jam 4.48 petang Isnin.

Pengurusan SMART juga memaklumkan Air Sungai Klang dan Sungai Ampang telah dilencongkan ke Kolam Takungan Berembang, Kampung Berembang di ibu negara, pada Isnin. 


Menurut SMART dalam perkongsian terbaharu di laman Twitter rasminya, Mod Dua juga telah diaktifkan pada jam 3.58 petang tadi.

BACA: [TERKINI] Enam kawasan di Lembah Klang dilanda banjir kilat

Kadar aliran di pertemuan dua sungai tersebut dicatatkan pada kadar 70 milimeter.

Terdahulu, beberapa kawasan di Kuala Lumpur dilanda banjir kilat susulan hujan lebat sejak tengahari Isnin.

Astro AWANI sedang mendapatkan perkembangan terkini berhubung kejadian banjir kilat di ibu negara.